Saturday, October 9, 2010

STATUSfb

"kau menerima aku seadanya. couple dgn sahabat-sahabat yg solehahmuslehah, memang aku takkan couple dgn buayafriend (istilah ust. sha'ari.) ;D "

Friday, October 8, 2010

kenanganBAKTIhuffaz2010

rindu felda gedangsa! bakti huffaz 2011 nak join juga, insya-Allah~

Thursday, October 7, 2010

imtithalIFTIKHAR


;D rindu kaannn? jom la reunion.

Tuesday, October 5, 2010

MISSINGpiece(1)

bismillahirrahmanirrahim.

dah 5 bulan duk DQ. habis dah sem 1. kadang2 fikir balik, begitu pantas masa meninggalkanku. dan banyak juga yang telah berlaku (dan berubah... mungkin).

saya dah tinggalkan sekolah hidayah yang 11 tahun saya hidup di bawahnya. huhu. tamparan jugak bila terpksa berpisah ni. dahlah solo hidayah B11 kat DQ. sedih boleh tahan, tapi saya kuat, insya-Allah.

nak mengimbau memori nostalgia jap.

januari, kerja jadi kerani kat faizah aisahah rahman and associates. pengalaman tu~ sampai februari daku mampu bertahan.

mac sampai april, kenangan terindah, jadi mu'allimah ganti kat SRIH :) :) payah kot masa mula2. bila nak pisah tu, mak aii, sayu, syahdu.

akhir april masuk DQ. Darul Quran. Dulu minta yang persijilan tak dapat. kecewalah juga tapi Allah ganti dgn diploma. Ada maksud dan himah tersirat pastinya.

dan aku sendiri. cuba bina diri (semula). taribiyah dari Baiti Jannati dan Hidayah buat aku kuat. kadang2 tewas.

pernah tewas dgn tawaran JPA jepun yang saya tolak. hilang mood belajar seminggu lamanya. asyik terfikir.

dan akhirnya, aku kembali dengan kata2: "istikharahku tepat, cuma Allah mahu mengujiku!"

bulan pertama di DQ, boleh tahan, banyak program. jadi freshie itu best. saya bangga dgn hajar yang jadi perwakilan sem fiziq :)

saya suka saya tak pegang post berat2 sbb saya tahu kemampuan saya.  dan emm, logo fiziq sem saya yang tercinta tu, diilhamkan Allah utk saya dan kaknur.

kaknur, she's my bestmate. awatiff, she's my roomate. kangen kott. huhu.

kaknur, she's 19. dr MTQ ad-din parit, perak. banyak minat dia yang best2. dia minat percussion n dia kata saya bagus kalau main yenki tapi saya suka main tamborine.

dia terersuka khat, saya baru bertatih2. dia suka khat diwani, saya suka khat kuufi.

dia suka cerita pasal MTQ, saya senyap je. bukan tak suka cerita Hidayah, tapi rasanya Hidayah tu terlalu indah utk dakenang, boleh menangis.

mcm mana boleh rapat dgn kaknur, sedangkan kami lain usrah, dia usrah Qalbun Jadid, saya Dzillan Zholila. Dia syukbah hadith, saya syukbah muamalat. ;) dia minat qiraat, saya minat fiqh.

Itulah... mcm kata farah farhanah, my debatemate last year:

kadang2 perbezaan itu merapatkan.


nak sambung nanti ;D saya jadi tak formal sbb saya belum nak skema. :D

aslim taslam.

Monday, October 4, 2010

KAUbagaiCAHAYA

Kau Bagai Cahaya

Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Sedingin embunan dedaun kehijauan
Sesegar ingatan kenangan kisah silam

Kita seiringan bersatu berjuang
Meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya
Terangi hatiku teman
Saling memerlukan dan mengharapkan

Reff:
Tangis gembira disaat bahagia
Moga kan kekal menuju ke syurga
Kerana tuhan kita itemukan
Andai terpisah itu ketentuan

Sedingin embunan dedaun kehijauan
Sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiringan bersatu berjuang
Meniti titian persahabatan

Sengketa dan kesilapan
Itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran
Itulah pedoman
 
-----
Untuk kamu kakak! ^^, inilah nasyidnya. nanti gendang sesama ye?;D

nikahGANTUNG

nikah gantung?

relevankah?