Wednesday, June 30, 2010

fragmenADIKKUkuat

Bismillahirrahmanirrahim.

Subuh yang indah. Aku dan abang Mus'ab sama-sama berjalan kaki ke sekolah. Aku 15 tahun, dia 17 tahun. Kami berdua bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Membawa banyak makna, mengendong jutaan erti.

Abang Mus'ab katakan kepada aku, bahawa dia sangat ingin ke Amerika Syarikat, melanjutkan pelajarannya. Abang memang minat kejuruteraan petroleum kerana baginya, bidang itu bidang yang betul-betul mencabar, keupayaan fizikal dan mental. Aku doakan dia berjaya gapai cita-citanya.

"Abang Mus'ab, kenapa mesti Amerika Syarikat? Jauh yang amat."

Dia tersenyum. Aku kurang mengerti. Yang pasti dia tahu kenapa dia perlu ke sana.

"Tak apalah jauh-jauh. Biar abang jauh-jauh daripada 'Ubaidah . Biar nanti 'Ubaidah belajar berdiri atas kaki sendiri."

"Berdiri atas kaki sendiri?"

"Berdikarilah, dik."

Bagai merona pelangi pagi itu. Sebuah kepercayaan dan harapan. Abang Mus'ab mahu aku dewasa.

[Fragmen saja. Jangan tertipu. Saya pun tak pasti bila dapat siap ;D]

No comments:

Post a Comment