Wednesday, June 30, 2010

fragmenDUA


Bismillahirrahmanirrahim.

"Dua?"

"Ya, dua. Kenapa? Salah ke abang beli dua?"

Aku diam. Bukan ke tadi abang kata...

"Tak mengapa. Mahal sikit je. Sekali-sekala, tambah kasih sayang. Alang-alang abang beli untuk diri abang sendiri, apa salahnya bagi kat 'Ubaidah sekali kan?"

Abang Mus'ab hulurkan 'kasih sayang'nya. Dua MP3, satu warna hijau, yang lainnya berwarna maroon.

"Haa, pilihlah."

Aku masih kaku. Abang ni biar betul nak bagi! Tanganku tergerak untuk mengambil yang berwarna hijau.

" 'Ubaidah, pernah dengar tak hadis Rasulullah tentang hadiah?"

Belum sempat aku nak berterimakasih, abang lebih dahulu menembakku dengan soalan sebegitu. Aku lantas menggeleng.

"Ada ke hadis tentang hadiah, abang Mus'ab?"

"Tahaddu tahabbu. Salinglah kalian memberi hadiah agar kalian saling mencintai"


Abang senyum. Aku bahagia.

Ikut abang pergi PC Fair, bukan setakat dapat hadiah 'kasih sayang'nya, tetapi juga dapat 'ibrah dan tambah cinta! Terima kasih ya Allah.

fragmenADIKKUkuat

Bismillahirrahmanirrahim.

Subuh yang indah. Aku dan abang Mus'ab sama-sama berjalan kaki ke sekolah. Aku 15 tahun, dia 17 tahun. Kami berdua bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Membawa banyak makna, mengendong jutaan erti.

Abang Mus'ab katakan kepada aku, bahawa dia sangat ingin ke Amerika Syarikat, melanjutkan pelajarannya. Abang memang minat kejuruteraan petroleum kerana baginya, bidang itu bidang yang betul-betul mencabar, keupayaan fizikal dan mental. Aku doakan dia berjaya gapai cita-citanya.

"Abang Mus'ab, kenapa mesti Amerika Syarikat? Jauh yang amat."

Dia tersenyum. Aku kurang mengerti. Yang pasti dia tahu kenapa dia perlu ke sana.

"Tak apalah jauh-jauh. Biar abang jauh-jauh daripada 'Ubaidah . Biar nanti 'Ubaidah belajar berdiri atas kaki sendiri."

"Berdiri atas kaki sendiri?"

"Berdikarilah, dik."

Bagai merona pelangi pagi itu. Sebuah kepercayaan dan harapan. Abang Mus'ab mahu aku dewasa.

[Fragmen saja. Jangan tertipu. Saya pun tak pasti bila dapat siap ;D]

Monday, June 28, 2010

TEKADku








Bismillahirrahmanirrahim.

Ya. Nasyid pembakar semangat saat ini. Gelombang keadilan pun tak seampuh Tekad.

Ya. Aku banyak belajar daripada nasyid ini.

Ya. Aku harus berani. Menantanginya. Rasa takut.

^^, Go, Qurrah, go! Cuti; menyuntik berani dan semangat!


[ASLIMtaslam]

KIANterasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Adik-adik junior Hidayah akan bertanding untuk Musleh International Debating Championship.

8-11 Julai 2010. Julai memang banyak erti. Seperti yang telah aku beritahu.

Ya, semua adik-adik Musleh juga bakal berdebat.

Mungkinkah Hidayah akan ketemu Junied Singapura lagi? Pasti! Insya-Allah =)

Khusus untuk adik-adik munazorohku ;) kak Qurrah sentiasa ingin kalian menjadi lebih baik, super hebat, untuk Islam, kerana ALLAH!

Pasak tekad. Qul: Hazihi sabili!

Nah, inilah dia masyru' yang akan diperdebatkan. Hebat.

TAJUK-TAJUK USUL KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR 2010 (Bahasa Arab)

موضوعات المناظرة

1 - مشاركة الشباب في السياسة ضرورة.
Penglibatan belia dalam politik suatu keperluan

2 - التدريب العسكري لطلاب المدارس الثانوية ضرورة.
Latihan ketenteraan kepada para pelajar sekolah menengah suatu keperluan

3 انحلال أخلاق الشباب سبب تخلف الدول الإسلامية.
Kemerosotan Akhlak belia sebab kemunduran negara2 Islam

4 التخصص الأكادمي في المرحلة الثانوية أفضل.
Pengkhususan akademik di peringkat sekolah menengah adalah langkah terbaik

5 - الاهتمام بالبيئة أفضل من الاهتمام  بالاقتصاد.
Keprihatian kepada alam sekitar lebih baik dari tumpuan kepada sektor ekonomi

6- رفع الدعم عن السلع والخدمات ضرورة.
Pemansuhan subsidi barangan pengguna dan perkhidmatan satu keperluan

7- موقع (Facebook)  ضرره أكثر من فوائده.
Laman sesawang Facebook lebih banyak keburukannya berbanding faedahnya

8-التدريب الرياضي خارج البلاد أفضل.
Latihan sukan di luar Negara lebih baik

9- المشروعات الصناعية الكبرى سبب رئيس في ارتفاع درجة حرارة العالم. (SEMI FINAL)
Projek Perindusrtrian Gergasi sebab utama peningkatan suhu dunia

10- تدخل من قبل منظمة ASEAN في الشؤون الداخلية للدول الأعضاء ضرورة  (FINAL)
Campurtangan  ASEAN dalam hal ehwal dalaman Negara-negara anggota satu keperluan

Bittaufiq wannajah, adik2!

Ikut kata mudarrib al-Ustaz Hasan yep ;)

Salam cinta kerana-Nya,
kak Qurrah
former arabic debater for Hidayah JB 2009

Saturday, June 26, 2010

SEDIKITsedikit

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Cuti midsem. Balik JB. Sampai 4 Julai. Julai tiada cuti. Julai banyak erti.
Sedikit perkongsian. Untuk akhawat ikhwah rahimakumullah.

Alhamdulillah, dari bulan 4 di DQ.
Solo daripada batchsebelas.
Kecewa sikit tiada akhawat bersama. Alhamdulillah, ada akhawat al-Amin Gombak seorang.
Kecewa sikit tiada ikhwah B11 yang ikut jejak G10 andi anas.
Tak mengapa, Allah tentukan jalan yang berbeza dan yang terbaik kan?

 - Dah hafal sampai mana? Oh, itu rahsia.

Saya ambil tahfiz + syukbah (course) muamalat. 
Ya, seorang yang pernah putus asa dengan add maths, bangun dan mencintainya saat-saat akhir, boleh ambil muamalat dengan hati terbuka, insya-Allah. Hingga 2013 nanti.

Mulanya berkira-kira untuk ambil syukbah qiraat, tapi istikharah daripada-Nya punyai petunjuk lain.
Di sini ada 5 syukbah: qiraat, hadis, dakwah, syariah & muamalat. Mualamat adalah syukbah terbaharu.

Suasana di DQ.
Bi'ah solehah sangatlah dititikberatkan. Ehm. Pemakaian banin tiada masalah. Cuma wajib berkopiah. Pemakaian banat: Paras labuh tudung lebih luar biasa daripada yang ditetapkan di Hidayah. Ya, semuanya untuk menjaga. Jubah tak boleh sembarangan. Tabarruj sangat diperhatikan. Nasib saya baik sebab semua jubah saya plain.

Bi'ah solehah. Ikhtilat dijaga. Nak panggil banin kat sini kena cakap 'ustaz', banin kena panggil banat 'ustazah'. Macam rasa tak layak kot, tapi demi menjaga hati. Berurusan hanya bila benar-benar perlu. Di sini biasanya tak berjumpa, tapi sms. Ya, lain daripada Hidayah. Nasib saya baik sebab walaupun pegang salah satu jawatan MT biro didik semester, tapi tak perlu berhubungan dengan ketua saya. Hamdalah. Allah, jagakan hati saya. Amiin.

Di sini ada seorang pegawai HEP yang sangat disenangi tiap kali beliau menegur kami para banat. Bila ada masalah suara ter'kuat', jadi ter-galak (ehm, lebih kirang macam excited atau gedik. err.) kami ditegur. Kami terima. Alhamdulillah. Kami selalu ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Berpesan untuk kebenaran, kesabaran dan kasih sayang. (Haa, cuba cari dalam juz 'amma, mana dia berpesan dengan kasih sayang? ;D Bukan surah al-'Asr.)

Di sini, hanya banin dibenarkan berkenderaan, tapi hanya dibenarkan bawa basikal saja :) Asrama dan bilik kuliah boleh dikatakan dekat. Walaupun sebenarnya semput2 juga nak berkejar ke sana. Takpe fasobrun jameel macam dalam surah Yusuf.

---Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dalam (keadaan menghadapi) kepayahan - QS [90: 4]---

Masjid di DQ pula sangat makmur terutamanya waktu Maghrib dan Isya' Ya, saya suka masjid DQ. Maghrib pasti penuh di tepi2 masjid dengan burung-burung yang ceria berkicau, pulang tatkala senja.
Tenang ;)

Usrah di DQ
Di sini memang ada usrah yang diselia oleh MPP yang ada di DQ. Naqib banin dipanggil 'abang naqib' naqibah pula 'mak usrah', Unik usrah DQ banat, setiap orang punyai panggilan macam dalam kelaurga contoh: Along, Ayong, Angah, Alang, Achik, Adik, Aniq, Ucu dll. Saya punya? Biarlah rahsia.

Kenapa dibuat begitu sekali caranya? Pertama, memang utk rapatkan ukhuwwah. Kedua, supaya mereka yang selama ni tak pernah ikut usrah rasa tertarik dengan usrah. Unik kan?

Silibus usrah, Maza Ya'ni dan juga Sirah Nabawiyyah :)

Tasmi' di DQ
Kelas tasmi' dari pukul 8am-10am. Isnin-Khamis untuk tasmi'. Jumaat untuk i'adah. Kat sini tiba-tiba sangat suka ditebuk walaupun tahu masih banyak kelemahan di sana-sini. Ya, bila ditebuk baru tahu lemah di mana, dan boleh baiki dengan teliti hafazan kita. ;) Pensyarah tasmi' saya seorang ustaz.

Kelas maddah (subjek untuk syukbah) di DQ
Kelas saya namanya kelas Warsy. Ya, imam Warsy nama perawi imam Nafi'.  Haa? Apa tu? Belajar Qiraat baru tahu deh. ;D Sem 1, belajar bahasa arab (sangat suka! alhamdulillah dapat lagi belajar bahasa tercinta ini), qawaid fiqhiyyah (subjek khas utk pelajar syukbah muamalat), asas ilmu qiraat (qiraat ilmu yang unik!), asas ilmu tajwid (lebih mendalam), fiqh dan komputer. Semuanya dalam bahasa arab SEPENUHNYA kecuali komputer.

Kelas saya semua ahlinya banat. Tapi bila subjek Qawaid Fiqhiyyah kena gabung dengan kelas Qunbul, muamalat banin.

In a nutshell. Khulasatul kalam.
Banyak nak cerita. Tapi saya nak cakap beberapa point penting.


.Saya rindu madrasah Hidayah. sangat.
.Saya rindu memoribilia dengan Batchsebelas. amat.
.Saya rindu untuk bersama yang memahami. Sefikrah, Sehati. paling.
.Saya tidak meyesal memilih untuk tetap di DQ walaupun ada panggilan tawaran negara matahari terbit dan taman ilmu dan budi, malaysia.

(dan saya rindu nak cakap ana anti. kat sini selalu guna saya, kite, kamu, mu, kome, deme, eden. banyak terguna dialek perak. sebab ramai kawan perak)

Saya tak mudah homesick tapi saya mudah teringat zaman sekolah.


Saya rasa DQ masih zon selesa. Saya belum ketemu masyarakat dengan wajah sebenar. Ya, masih di fasa mempersiapkan diri. Saya tahu, ada yang telah dahulu memulakan langkah bersemuka dengan masyarakat. Ya, Allah tahu kemampuan kita dan tak akan berati kita melainkan dengan yang termampu. [QS 2: 286]

Doakan saya kuatabah di sini. Seorang solo akhawat batchsebelas Hidayah.

Moga kita semua mampu menjadi penyebar Islam yang tegar lagi tabah di atas muka bumi Allah ini. Fantashiru fi-l ardh! [QS 62:10]

.Fasobrun jameel.