Friday, April 23, 2010

secebisPESAN


Bismillahirrahmanirrahim.


salam.tahniah, dan belajar pandai2. Guna masa dgn sebaiknya, jaga diri dan jaga iman selalu.


"But when the prayer is ended,
then disperse abroad in the land 
and seek of Allah's grace, 
and remember Allah much, 
that you may be successful" [Qur'an 62:10]



Yeah, it's time! 
Allahu yuqawwiy.

[ASLIMtaslam]

SOLATlah

Bismillahirrahmanirrahim.


Perkongsian untuk kesedaran. Hayya ala-s solah. Dah solat?

HAMDALAH: cebisanFINAL



Thursday, April 22, 2010

secebisKENANGAN








bismillahirrahmanirrahim.

walaupun sekadar menjadi assistant mudarrib, tetap membawa erti, lagi2 bila banyak bantu 2nd speaker main team. itu saja yang saya boleh bantu. sebab saya dulu 2nd speaker jua.

ALHAMDULILLAH, kemenangan berpihak kepada SM ISLAM HIDAYAH menewaskan KISAS dengan qarar hukkam 6:1. Hebat. Alhamdulillah. Tahniah kepada team Hidayah: Anas, Izzati, Sulaiman, 'Ashim, Ustazah Zuaraidah, Ustaz Hasan, Ustazah Hawanis & Ustazah Kamaliah serta seluruh keluarga De'Pikir sekolah menengah ISLAM Hidayah.

:) Hamdalah!

moga Allah redha dengan jalan dakwah ini, saat kita guna ISLAM pada nama sekolah itu sebagai cara menjunjung akhlak islamiyyah dalam semua aspek :)

DEBATyangberfikirdenganMATAHATI


Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?


Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Sunday, April 11, 2010

IHTIFALsyukur


Alhamdulillah!

Abaikan watermark pada gambar 1-4. Watermark tu patutnya untuk gambar 4 saja ;)

Sukasuki. Allahu Rabbi. Terimakasih untuk semua ini. Alhamdulillah!

Thursday, April 8, 2010

l'entrevue

bismillah.



8.00 pg UiTM Larkin

saya lambat sampai. patutnya elok sampai 30 minutes before the interview. tapi saya sampai ok2 je. no rushing.
jumpalah miss Razali & cik2 dari pelbagai tempat di JB. ex-ketua pelajar pun ada. Jadi 3 batchsebelasian sesi interview pagi utk 8/4/2010.

naik tingkat atas. tingkat tu ibubapa takboleh naik. sampai2, terus ada sorang cik ni tampal nama. saya panel 1 dengan dia. dan miss razali (SMIH) panel 4. bawak fail yang 'berat' naik lagi satu tingkat.

masuk bilik menunggu. cik tu bagi instruction mcm mana nak susun dokumen. tret tret tret, siap. tiba-tiba, ada seorang cik lain ni masuk: "MORNING!"

kami yang blur2 lepas susun dokumen jawab perlahan sangat: "morning". Lepas tu cik tu sebut lagi "MORNING!" lepas tu baru semangat. hehehh. Cik tu bagi tips, try to speak up when there's a chance. dan jangan sia2kan peluang nak cakap tu. Ok. Faham :)

8.30 pg (kuranglebih)

panggilan.

oleh kerana panel 1, maka memang awal. 6 orang untuk grup panel  1:

yasmin (convent) accountacy/chua (SSI) engine/ zubayr (SMIH) econs/ penulis (SMIH) social science --sociology/affan (taktahu) engine/syuhaidah (teknik JB) engine.
[5 malays, 1 chinese = 3 male, 3 female]

INTERVIEWER: 1 indian, 2 malays. hanya seorang wanita melayu.

bagi ucapan salam, selamat pagi, assalamualaikum. they all look so nice and kind.

mula2 diminta untuk taaruf dalam bahasa melayu. ok2. lepas tu ditanya what do you do while waiting for SPM results. Ada yg cakap kerja restoran, kerja cikgu, kerja kat kedai kurma, pergi program itu ini dan lain-lain.

kemudian barulah ditanya tentang course yang dipilih. alhamdulillah have done research about human sciences days before today. dan ada orang ajar sikit2. Allah permudahkan. ditanya tentang apa sumbanagn yang akan diberi. tapi, kami juga ditanya tentang course lain. contoh: orang econs ditanya tentang engine. Orang engine ditanya tentang accountancy.

dah habis part itu,ditimbulkan  isu pemberian biasiswa patut diberikan berdasarkan kewangan keluarga atau pencapaian akademik semata untuk disscussion. dalam bahasa melayu. semua beri pendapat bernas. dah pandai remaja sekarang ;)

isu lain: engineering, better study @ KOREA or UK. payah sikit tetapi tetap berusaha. semuanya berusaha.

ya, ada orang rajin angkat tangan dan bagi pendapat. saya tak rajin angkat tangan. tapi tetap cuba memberikan pendapat yang lebarjelas dan terbaik setiap kali diminta beri pendapat.

isu hangat: kahwin semasa belajar di luar negara. saya setuju. haha.

interviewer: kamu sebagai ahli sosiologi, apa pendapat kamu tentang kahwin semasa belajar di luar negara?
saya: (jawapan agak panjang. cuba berfalsafah ;D)
interviewer: adakah awak akan kahwin semasa belajar di luar negara?
saya: err.. kalau jodoh dah sampai! (aduh, apesal lah jawab ni, paling spontaneous)
semua orang: *ketawa*!

sudah tu, perdebatan lain ada lagi. kejap dalam english, kejap dalam bm. tapi sekejap je. kemudian habis. bismillahi tawakkalna. 10000 apply, hanya 1500 dipilih. Insya-Allah, Allah akan sentiasa beri yang terbaik untuk batchsebelas. menjadi BINTANG ummah!

(the key in interview: relax saja. dan cuba beri yang terbaik. kalau dah berusaha, kenapa perlu takut? Allah kan ada?)

itu jah. sama2 baca. sama2 doakan yang terbaik.moga Allah redha. amiin~


OK?

[aslimtaslam]

Wednesday, April 7, 2010

BULATsegiempat

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau bulat jadilah bulat. Jangan jadi segi empat. Pasakkan niat. Teguhkan tekad. Moga hidup tambah berkat!

2007: tahun yang terlalu disayang, pun jua terlalu menyakitkan.

Salah ke bila aku nak jadi bulat, orang ingat aku masih segi empat?
Salah ke?

Adik2, ustazah lebih sayang kamu daripada dahulu ustazah langsung taktahu kamu.

Aku tahu, hidup mendewasakan, dan 17++ bukan umur yang dewasa. Belum.