Saturday, March 13, 2010

terimakasihALLAH


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, thumma-l hamdulillah, thumma-l hamdulillah. Terima kasih ALLAH!

Saya dah membuat keputusan. Hanya Allah tempat berserah dan keputusan yang terbaik hanya pada Dia. 

Insya-Allah. Biar payah, namun manis bagiku.




Kepada Mama, Abah, Mu'az, Shifa' & Salma, jazakumullahu khayran jazaa' sbb jadi pendokong terhebat kakak setelah Allah dan Rasul.Mama Abah, I have done my best. Maaf, tak dapat straight A's. Allah bagi hanya ini sebagai hak kakak.

Teringat betapa payahnya menerima hakikat GAGAL addmath setiap kali peperiksaan. Percubaan dapat 8E sudah cukup bahagia. Abah hantar tuisyen Cikgu Habibah (first time dihantar ke tuisyen sepanjang sekolah 11 tahun. Cikgu, thank you!). Alhamdulillah, walaupun hanya B+. Pulasari, terimakasih sebab selalu ingatkan saya untuk tidak putus asa!

Kepada semua asatizah yang ajar saya dari darjah 1 sampai tingkatan 5, terimaksih sudi jadi lilin yang pemurah cahaya ilmu! 

Kepada Hanani, sahabat sehidup semati. Terimakasih layan saya directly or indirectly saat saya perlukan teman.

Kamulah kawan pertama dan terakhir saat saya sekolah.

Kepada Farah dan Sakinah, kawan sedebate, lepas ni kita ikut FANTASHIRU. Bertebarlah.

Kepada 'Izzati Rahim, terimakasih sudia berkongsi rasa semenjak kita berkenalan sampailah saat ini. Rama-rama dan kelip-kelip dapat sama natijah pula ;D

Kepada Batchsebelas, aku sayang kalian semuanya. Nadi sepanjang aku di SMIH.

Kepada 'Atiqah Aminuddin, terimakasih menjadi sumber buddy yang baik. Buddy fillah forever!

Kepada adik-adik, anak-anak murid di SRIH, kakak-kakak yang ucap tahniah, saya hanya mampu ucap Alhamdulillah. Saya malu nak cakap terimakasih, sebab kejayaan ni bukan milik hakiki saya.

Semua ALLAH punya.

 gred purata bahasa arab tinggi meningkat! alhamdulillah!

Doakan saya agar  jalan saya dipermudahkan. Saya nak jadi kaya; ilmu, harta, akhlak!

Macam pengetua sekolah saya kata:It's GOOD to GIVE!

[ASLIMtaslam]

No comments:

Post a Comment