Wednesday, March 31, 2010

temudugaKALERKALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, faiza 'azamta fatawakkal 'alaLlah.

Temuduga DQ baru lepas. Alhamdulillah.

Pagi-pagi bertolak dari rumah kurang lebih pukul 7.30pagi. Telat sikit! Huhu. Sudahlah jalan sesak. Dalam hati kata, ya Allah, HasbiyaLlah, sampailah pukul 8.10, 8.10, 810. Sebab dalam surat cakap pukul 8.00 pagi.

Sampai-sampai lebih kurang pukul 8.15am, alhamdulillah! Start 8.30 pagi.

Masuk dewan, sejuk, ada AC. Hmm, ambil tempat jarak satu meja dengan orang lain. Ujian tajwid dan bahasa arab. 10 soalan je satu ujian. Dan satu ujian 10 minit sahaja. Mudah alhamdulillah. 

Lepas tu barulah sesi temuduga, dan dapat mukasurat al-Qur'an apa yang perlu dihafal dan ditasmi'. Giliran 13. Fuh, bolehlah rehat kejap fikiran yang tengah serabut plus mata kantuk sikit.

Jumpalah dengan Azizah, ex- Ma'ahad Muar yang straight A's dan kak Nadia, pelajar matrix yang tua setahun. Banyak bincang tentang biah di luar. Suasana sebenar! Kak Nadia kata, dia selalu baca surah Soff bila tak kuat dna rasa lemah. Saya pun belek, huu, tak hafal lagi. Pendek jah surahnya. Ceh, sempat berbincang. ^___^
Bila dipanggil, saya pun masuk. Panel B. Ustaz interviewer kata pernah temuduga ke sebelum ni. Ya, persijilan. (Ya, tak dapat sebab add maths 8E masa trial, huhu..)

Beliau pun tanya macam-macam. Bismillahi tawakkaltu untuk setiap jawapan yang saya lontarkan. 

Kemudian, beliau pun beri mukasurat. Surah at-Taubah ;) Lepas tu bertebar cari port menghafal. Masjid Sultan Abu Bakar yang putih dan sejuk. Hehe.

Satu jam kemudian, balik semula ke interviewer panel B. Saya tasmi'. Alhamdulillah, mumtaz (Ececeh, ye ye jah).  Apa-apa pun, wallahu a'lamu bissowab.

Lepas tu, ustaz interviewer tu tanya lagi macam sebelumnya, Betul ke nak masuk DQ ni? Saya jawab ikut kesesuaian. Ada juga ustaz tu ingatkan konsep istikharah. Katanya, hati mesti ada kehendak dan kemahuan barulah istikharahnya betul! Ilmu baru! (Hmm, aku mahu apa ya? Huhu...)

Balik pukul 12.00 pm. Kak Nadia balik paling lambat. Hmm, alhamdulillah, selamat habis temuduga.

Kalau saya dapat nanti, 25 april akan mula berjubah dan bertudung coklat di DQ nanti. :)

OK, sekadar perkongsian.Ilalliqa'.

[ASLIMtaslam]

No comments:

Post a Comment