Friday, March 5, 2010

HARUSsiap

Keputusan SPM/STAM diumum Khamis depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan 11 Mac ini (Khamis).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 manakala STAM 6,920 calon.


Bismillahirrahmanirrahim.

Insya-Allah, Khamis depan (11/3/2010) natijah SPM 2009 akan dikelaurkan secara rasminya. Maka hati mulalah rasa tak keruan, minda membayangkan segala yang pelik dan agak bukan-bukan. Teringat kembali 27 kertas yang telah dijawab dari akhir November tahun lepas sehinggalah pertengahan Disembernya.

Haih! Kamu harus siap!

HANYA mengingatkan:

berSYUKUR, REDHA & IKHLAS dengan apa jua kehendak dan keputusan-Nya. Keputusan daripada Allah itu yang terbaik.

Apa pun keputusannya, wahai Qurratu'Aini dan sahabat sekalian, jangan lupa SUJUD SYUKUR ya.

Dan ingatlah, selagi natijah itu belum sampai ke telinga kita atau pandangan mata kita, peluang untuk berDOA itu sentiasa terbuka. Teruslah berdoa untuk natijah yang terbaik di sisi-Nya dan bagi kita, destinasi melanjutkan pelajaran yang terbaik dan paling sesuai kemudian,  seterusnya dan seterusnya.

insya-Allah, segalanya yang terbaik daripada-Nya.

Alhamdulillah.

[ASLIMtaslam]

No comments:

Post a Comment