Wednesday, March 31, 2010

cariPASAL


 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Negeri Sembilan [PEN] akan mengadakan ceramah "Asas Penulisan Cerpen" dan Bengkel Cerpen Intensif bersama penulis muda terkemuka Puan Nisah Haji Haron. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 Mei 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Senawang


Sesi ceramah akan bermula jam 9:00 pagi diikuti sesi bedah cerpen [bengkel]. Sesi ceramah terbuka kepada umum, manakala untuk menyertai sesi bengkel, peserta digalakkan menghantar cerpen untuk dibedah sebelum atau pada 30 April 2010.

Pihak penganjur memohon agar saudara/ri yang berminat supaya memberikan nama penuh beserta emel untuk dihubungi oleh penyelaras program Puan Zalila Isa. Yuran penyertaan untuk kedua-dua sesi cuma RM50, dan sekiranya ingin menyertai sesi ceramah sahaja yurannya hanya RM20.

Bersama memartabatkan bahasa, memasyarakatkan sastera.

Terima kasih.
 
 
-------------------------
Sangat mahu pergi, tapi cari pasal. Aku boleh tulis cerpen ke?

Abe Nimoiz Ty kata: tak try tak tahu.
 
Padahal dah try cuma tak pernah-pernah tamatkan cerpen.  Cemburu dengan Faisal Mz. Duh.

Senyum selalu! Esok mengajar lagi na~
[Tsk, T__T lagi 3 minggu je dengan adik-adik sayang, lepas tu sambung study. Insya-Allah. ;D]


No comments:

Post a Comment