Wednesday, March 31, 2010

temudugaKALERKALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, faiza 'azamta fatawakkal 'alaLlah.

Temuduga DQ baru lepas. Alhamdulillah.

Pagi-pagi bertolak dari rumah kurang lebih pukul 7.30pagi. Telat sikit! Huhu. Sudahlah jalan sesak. Dalam hati kata, ya Allah, HasbiyaLlah, sampailah pukul 8.10, 8.10, 810. Sebab dalam surat cakap pukul 8.00 pagi.

Sampai-sampai lebih kurang pukul 8.15am, alhamdulillah! Start 8.30 pagi.

Masuk dewan, sejuk, ada AC. Hmm, ambil tempat jarak satu meja dengan orang lain. Ujian tajwid dan bahasa arab. 10 soalan je satu ujian. Dan satu ujian 10 minit sahaja. Mudah alhamdulillah. 

Lepas tu barulah sesi temuduga, dan dapat mukasurat al-Qur'an apa yang perlu dihafal dan ditasmi'. Giliran 13. Fuh, bolehlah rehat kejap fikiran yang tengah serabut plus mata kantuk sikit.

Jumpalah dengan Azizah, ex- Ma'ahad Muar yang straight A's dan kak Nadia, pelajar matrix yang tua setahun. Banyak bincang tentang biah di luar. Suasana sebenar! Kak Nadia kata, dia selalu baca surah Soff bila tak kuat dna rasa lemah. Saya pun belek, huu, tak hafal lagi. Pendek jah surahnya. Ceh, sempat berbincang. ^___^
Bila dipanggil, saya pun masuk. Panel B. Ustaz interviewer kata pernah temuduga ke sebelum ni. Ya, persijilan. (Ya, tak dapat sebab add maths 8E masa trial, huhu..)

Beliau pun tanya macam-macam. Bismillahi tawakkaltu untuk setiap jawapan yang saya lontarkan. 

Kemudian, beliau pun beri mukasurat. Surah at-Taubah ;) Lepas tu bertebar cari port menghafal. Masjid Sultan Abu Bakar yang putih dan sejuk. Hehe.

Satu jam kemudian, balik semula ke interviewer panel B. Saya tasmi'. Alhamdulillah, mumtaz (Ececeh, ye ye jah).  Apa-apa pun, wallahu a'lamu bissowab.

Lepas tu, ustaz interviewer tu tanya lagi macam sebelumnya, Betul ke nak masuk DQ ni? Saya jawab ikut kesesuaian. Ada juga ustaz tu ingatkan konsep istikharah. Katanya, hati mesti ada kehendak dan kemahuan barulah istikharahnya betul! Ilmu baru! (Hmm, aku mahu apa ya? Huhu...)

Balik pukul 12.00 pm. Kak Nadia balik paling lambat. Hmm, alhamdulillah, selamat habis temuduga.

Kalau saya dapat nanti, 25 april akan mula berjubah dan bertudung coklat di DQ nanti. :)

OK, sekadar perkongsian.Ilalliqa'.

[ASLIMtaslam]

cariPASAL


 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Negeri Sembilan [PEN] akan mengadakan ceramah "Asas Penulisan Cerpen" dan Bengkel Cerpen Intensif bersama penulis muda terkemuka Puan Nisah Haji Haron. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 Mei 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Senawang


Sesi ceramah akan bermula jam 9:00 pagi diikuti sesi bedah cerpen [bengkel]. Sesi ceramah terbuka kepada umum, manakala untuk menyertai sesi bengkel, peserta digalakkan menghantar cerpen untuk dibedah sebelum atau pada 30 April 2010.

Pihak penganjur memohon agar saudara/ri yang berminat supaya memberikan nama penuh beserta emel untuk dihubungi oleh penyelaras program Puan Zalila Isa. Yuran penyertaan untuk kedua-dua sesi cuma RM50, dan sekiranya ingin menyertai sesi ceramah sahaja yurannya hanya RM20.

Bersama memartabatkan bahasa, memasyarakatkan sastera.

Terima kasih.
 
 
-------------------------
Sangat mahu pergi, tapi cari pasal. Aku boleh tulis cerpen ke?

Abe Nimoiz Ty kata: tak try tak tahu.
 
Padahal dah try cuma tak pernah-pernah tamatkan cerpen.  Cemburu dengan Faisal Mz. Duh.

Senyum selalu! Esok mengajar lagi na~
[Tsk, T__T lagi 3 minggu je dengan adik-adik sayang, lepas tu sambung study. Insya-Allah. ;D]


Monday, March 29, 2010

gabungDUA

PUISI
MENATAP – ANTARA LANGIT DAN AWAN
(titipan muhasabah)

Malam begini di kota
bagai membelah dada awan
disobek kesakitan
umpama tangisan lewat usia nan renta
tak bisa berbuat apa
kala
ada tangan yang mencakar
ada mata yang menikam
tubuh malam yang hitam
dengan rakusnya (syaitan)
dengan matinya (iman)
dengan jauhnya (diri dari Tuhan)

Dan tersungkur dia
pada zulmat tikungan
hakikatnya, nur bergerlap kemilauan
tiada apa yang mengenal siapa
saat dipasung isim dosa

Ya Rabb, izinkan dia menatap (sekian kali)
wajah langit – sarat muhasabah, juraian keinsafan
lalu mencicip setitis dari lautan
Kasih-Mu
dari Rahim-Mu (terdasarkan ketenangan)

Copyright 2010 Raehan Intisor & Hafiz Fanshuri

yangINDAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Huhu.. inilah realitinya kelas Mentor mentee Suhaib ar-Rumi (4 Salahuddin al-Ayubi) yang tersayang ;D

Lagi berapa minggu je dengan antum! tsk tsk. T__T  Takpe, ustazah tak sedih. Huhu...

Moga kalian Allah berkati umur kalian & redhai hidup kalian :)

(akan diedit)

[ASLIMtaslim]

Sunday, March 28, 2010

kuMOHON

ku mohon
firdaus

di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku
sekadar foto hiasan. buat pedoman.

Sunday, March 21, 2010

SECEBISnota (BUATseorangA.M.I)

Bismillahirrahamnirrahim.


kau mencakar aku dengan pedihnya kenangan
saat kausenyum dan semuanya, seribu warna
bercampera
bukan  pelangi, tidak merupa cahaya

dan aku di sini
tak berani berkata apa pun di depanmu
saat di depanmu, aku hanya pahlawan yang bisu
(sampai kini pun,
aku hanya berani mencoret kata
yang berantakan
lewat siang, lalu malam hingga dinihari)

bersih pegunnya wajahmu
adalah kesangsianku, lewat aksara yang kususun
dalam percubaan
begitu menggigit sukma- nostalgik


[ya Allah, izinkan hamba menyusun kata seperti dahulu, lebih baik daripada dahulu. kerana hamba punya 2 amanah besar: sosial + dakwah di sebalik titipan tanggungjawab yang bernama penulisan. Kuatkan aku ya Allah...]

Monday, March 15, 2010

CUBAlihat

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya layak untuk 160 program asasi/diploma untuk IPTA seluruh negara, tetapi ada 12 yang saya tak layak.
Kepada lepasan SPM 2009, klik sini.


Mudah nak isi borang UPU, insya-Allah.

[ASLIMtaslam]

Sunday, March 14, 2010

BUDAKkalerkali

Bismillahirrahmanirrahim.

Now I miss them so much.

Especially 4 Salahuddin al-Ayubi & 3 Bukhari. Mentor-mentee Suhaib ar-Rumi yang nakal tapi suka dengar cakap (sangat contradict!)

Benarkah pengajar muda susah untuk dihormati tapi sangat mudah untuk didekati?

Benarkah guru lelaki lebih mudah mesra dengan pelajar perempuan dan guru perempuan lebih dekat dengan pelajar lelaki?

Just some random thoughts.

Saturday, March 13, 2010

SALAHfaham

Bismillahirrahmanirrahim.


Ya, saya dah nampak kawan-kawan saya ada yang salah faham. Mungkin adik-adik pun ada.

Saya berKAWAN dengan lelaki dalam internet.

Maka dalam kepala mereka akan timbul terus perkataan "IKHTILAT" dengan gaya yang sungguh hodoh penuh deskriminasi dan prejudis.

They might say this "Wow, dulu akak prs  kan ni? Boleh kawan dengan lelaki ke?"


Ok, saya debate dulu dengan lelaki. Saya pergi Minggu Penulis Remaja pun ada lelaki. Mentor penulis saya pun ada yang lelaki. Anak-anak murid saya, mentee saya dalam Mentor Mentee pun budak darjah 4 lelaki. Sepupu saya pun lelaki!

Inilah masalahnya bila salahfaham berleluasa.


Ya Allah, jauhkan fitnah daripadaku. Jauhkan fitnah daripadaku dan dekatkanku dengan rahmah dan inayah-Mu. Amiin.

[ASLIMtaslam]

AMANAHsosial

Bismillahirrahmanirrahim.

Iklan penting untuk saya: 

PENGARANG muda tanah air berusia 40 tahun ke bawah dipelawa menyertai Projek Pengumpulan Cerpen dan Puisi Penulis Muda sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011 yang dibuka sehingga 15 April ini.

Penyelenggara projek, Saifullizan Yahaya, berkata pengarang muda yang berminat boleh menghantar karya terbaik mereka dan pernah disiar dalam media seperti akhbar, majalah, antologi dan kumpulan perseorangan.

"Karya yang dihantar itu hendaklah disertakan sekali biodata lengkap maklumat peribadi, senarai karya yang pernah tersiar atau diterbitkan dan hadiah serta anugerah yang pernah dimenangi.

"Karya itu bakal dimuatkan dalam antologi cerpen dan antologi puisi yang akan dilancarkan dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional yang diadakan secara dwi tahunan itu," katanya pada satu kenyataan melalui e-mel.

Pihak penyelenggara akan menentukan karya yang layak untuk diantologikan berdasarkan mutu dan pencapaian penulis dan yang berminat boleh menghantar cerpen ke e-mel bukunotakaki@yahoo.com, manakala puisi ke saif@dbp.gov.my. Maklumat lanjut hubungi Saifullizan di talian 016-301.86.45 atau Nazmi Yaakub (019-236.56.57)

Insya-Allah akan dilaksanakan. Nak tambah karya baru, sempat ni! ;D

[ASLIMtaslam]

terimakasihALLAH


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, thumma-l hamdulillah, thumma-l hamdulillah. Terima kasih ALLAH!

Saya dah membuat keputusan. Hanya Allah tempat berserah dan keputusan yang terbaik hanya pada Dia. 

Insya-Allah. Biar payah, namun manis bagiku.




Kepada Mama, Abah, Mu'az, Shifa' & Salma, jazakumullahu khayran jazaa' sbb jadi pendokong terhebat kakak setelah Allah dan Rasul.Mama Abah, I have done my best. Maaf, tak dapat straight A's. Allah bagi hanya ini sebagai hak kakak.

Teringat betapa payahnya menerima hakikat GAGAL addmath setiap kali peperiksaan. Percubaan dapat 8E sudah cukup bahagia. Abah hantar tuisyen Cikgu Habibah (first time dihantar ke tuisyen sepanjang sekolah 11 tahun. Cikgu, thank you!). Alhamdulillah, walaupun hanya B+. Pulasari, terimakasih sebab selalu ingatkan saya untuk tidak putus asa!

Kepada semua asatizah yang ajar saya dari darjah 1 sampai tingkatan 5, terimaksih sudi jadi lilin yang pemurah cahaya ilmu! 

Kepada Hanani, sahabat sehidup semati. Terimakasih layan saya directly or indirectly saat saya perlukan teman.

Kamulah kawan pertama dan terakhir saat saya sekolah.

Kepada Farah dan Sakinah, kawan sedebate, lepas ni kita ikut FANTASHIRU. Bertebarlah.

Kepada 'Izzati Rahim, terimakasih sudia berkongsi rasa semenjak kita berkenalan sampailah saat ini. Rama-rama dan kelip-kelip dapat sama natijah pula ;D

Kepada Batchsebelas, aku sayang kalian semuanya. Nadi sepanjang aku di SMIH.

Kepada 'Atiqah Aminuddin, terimakasih menjadi sumber buddy yang baik. Buddy fillah forever!

Kepada adik-adik, anak-anak murid di SRIH, kakak-kakak yang ucap tahniah, saya hanya mampu ucap Alhamdulillah. Saya malu nak cakap terimakasih, sebab kejayaan ni bukan milik hakiki saya.

Semua ALLAH punya.

 gred purata bahasa arab tinggi meningkat! alhamdulillah!

Doakan saya agar  jalan saya dipermudahkan. Saya nak jadi kaya; ilmu, harta, akhlak!

Macam pengetua sekolah saya kata:It's GOOD to GIVE!

[ASLIMtaslam]

Wednesday, March 10, 2010

SETITIPkata

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tak tahu yang berkenaan ni tulis tentang saya atau tidak, apa yang penting saya rasa seolah kata-kata ini tertuju buat saya dan teman pena saya [kan wahidah? ;D]

Untuk dua beradik di luar sana
Saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Saya kenal kamu berdua sejak PMR, sejak masa kamu berdua berusaha keras untuk capai yang terbaik. Dan insyaAllah, lusa (11 Mac 2010) kamu berdua bakal terima keputusan, saya harap sangat-sangat kamu dapat maklumkan dekat saya, sebab kamu berdua mengingatkan saya masa zaman persekolahan dulu. Terima kasih

Kalau keputusannya bagus lagi cemerlang, alhamdullillah... ucap syukur dekat Dia dan jangan lupa untuk maklumkan saya. Kalau sebaliknya, saya harap kamu berdua jangan bersedih dan jangan tertekan sebab 2:216. InsyaAllah, semuanya bakal baik-baik sahaja. Banyakkan berdoa ~


Mungkin saya perasan (kot-kot tersilap. huhu), tapi tak kisahlah. Terimakasih untuk kata-katamu! Kamu semakin cool! Moga Allah sayang kamu plusplus!


Ya Allah, hamba berdebar!

Ya-r Rahman, dengan firman-Mu, kuatkan kami. Kasihi kami dengan natijah-Mu ya-r Rahim. Ya-l Lathif, ulthuf bina. Ya-l Khabir, najjihni fi haza-l imtihan al-muhimm, dengan redha-Mu, dgn cinta-Mu ya-l Wadud. Kurniakanku natijah yang terbaik bagi hamba dan diredhai di sisi-Mu ya-r Rafi'.[spm results 11 mac 2010] --- sama2 amiinkan doa ini untukku dan Islam!

[ASLIMtaslam]

"jadikan hamba seorang SYAKIRAH. amiin :)"

Monday, March 8, 2010

katanyaZAMILOONI

Bismillahirrahmanirrahhim.

Sekadar ingin berkongsi, sebuah kisah daripada cebisan awal kerasulan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Ingatlah, jarak antara Makkah dan Gua Hira; adalah kurang lebih 5 km, dan bayangkan Baginda berulang-alik setiap hari untuk hampir 3 tahun.

Perjuangan Baginda sebelum kerasulannya. Kerana itu Baginda senantiasa terjauh dan dijauhkan daripada segala kemaksiatan masyarakat Jahiliyyah.

Dan yang lebih menakjubkan, cintanya Khadijah buat sang suami tercinta. Diyakinkan kepada Rasulullah bahawa Allah takkan mensia-siakan insan semulia Baginda yang banyak membantu mereka dalam kesusahan. Khadijah meyakinkan Rasulullah bahawa Baginda bisa melakukannya. Mulianya Khadijah.

Sekarang ini, mesti isteri seperti Khadijah ni umpama SATU dalam sejuta, kan? 

Sekadar renungan.




"Lagu ini mengisahkan tentang awal ketika Nabi Muhammad menerima wahyu untuk pertama kalinya, menjelang usianya yang ke-40, Nabi Muhammad SAW sering berkhalwat (menyendiri) ke Gua Hira, pada suatu saat ia melihat cahaya terang benderang memenuhi ruangan gua itu. Tiba-tiba Malaikat Jibril muncul di hadapannya sambil berkata, “Iqra’ (bacalah).” Lalu Muhammad SAW menjawab, “Mâ anâ bi qâri’ (saya tidak dapat membaca).” Mendengar jawaban Muhammad SAW, Jibril lalu memeluk tubuh Muhammad SAW dengan sangat erat, lalu melepaskannya dan kembali menyuruh Muhammad SAW membaca. Namun setelah dilakukan sampai 3 kali dan Muhammad SAW tetap memberikan jawaban yang sama, Malaikat Jibril kemudian menyampaikan wahyu Allah SWT pertama, yang artinya:
Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang Menciptakan. Ia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah yang Paling Pemurah. yang mengajar (manusia) dengan perantara kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (QS. 96: 1-5)
Setelah pengalaman luar biasa di Gua Hira tsb, dengan rasa ketakutan dan cemas Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah dan berseru pada Khadijah, “Selimuti aku, selimuti aku… ( Zamilooni, zamilooni.. )” Sekujur tubuhnya terasa panas dan dingin berganti-ganti. Setelah lebih tenang, barulah ia bercerita kepada istrinya."
(ulasan ini dipetik dari sini)

ZAMILOONI
Native Deen ft. Zain Bhikha
He stepped inside his home, was overwhelmed with fear
An angel came with words from God, things were still unclear
Saying read - read, but he could not read, amazing words that he heard
A trembling deep inside his heart, confused by what had occurred


There was only one who could comfort him
To help him see the light
To ease his fears, to reassure
Was Khadijah, his wife…

Chorus
He said: Zamilooni, Zamilooni, Dathirooni, Dathirooni, 
(Envelop me, Embrace me)
A mighty task has come before me…
I need you here with me…
By my side…By my side....By my side

She was a woman of nobility, successful in all her trade
Many wealthy men had asked for her, she turned them all away
But when she saw Muhammad, a shining moon, may peace be on his soul
He was a light for her – so right for her – her life will now be whole

But she had never seen him so distressed, as he was there that day
But she would comfort him, and hold him tight, and chase his doubts away

Chorus

Bridge…

We look for stories of love, in places dark and cold
When we have a guiding light, for the whole world to behold
But we're so selfish in our ways, to the ones we hold so close
Our own pleasure and happiness is what we value most

But she sacrificed all her wealth and everything she had
And he honored her, and gave her faith,
when the times were bad, the times were bad...

Now years have passed, times have changed, since Khadijah breathed her last.
And the Message of the one true God, was spreading far and vast
But then he came across some jewellery, that Khajidah had once worn
His eyes began to swell with tears, his heart began to mourn

Cause she was there for him, when times were rough, and his enemies were cruel
She was the first believer, so keen and eager, to comfort Ar-Rasool


Chorus

Mawlaya salli wa sallim da’iman abada

'Ala habibika khayril khalqi kullihimi...(X4)
(O my Leader, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation)
Rasullullah,Habiballlah,Shafiallah,Nabiallah

Chorus 

[ASLIMtaslam]

Ya-r Rahman, dengan firman-Mu, kuatkan kami. Kasihi kami dengan natijah-Mu ya-r Rahim. Ya-l Lathif, ulthuf bina. Ya-l Khabir, najjihni fi haza-l imtihan al-muhimm, dengan redha-Mu, dgn cinta-Mu ya-l Wadud 
amiin...
[akan DATANG: SPM 11 mac 2010]

Sunday, March 7, 2010

kejayaanHAKIKI


Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar setitip ingatan, dalam apa jua pekerjaan, ikhlaslah awal, tengah hingga akhir!

ONE spirit here!

[Tenanglah duhai hati!  :) ]

[aslimTASLAM]

MABITformfour


Bismillahirrahmanirrahim.

Di sini, ana sertakan secebis sajak yang ditulis dari hati, diilhami Allah tatkala hati rasa tak begitu sedia menjadi pembentang ketika malam bina taqwa (MABIT) adik-adik akhawat batch 13. Ana sudah edit sedikit memandangkan idea asal agak kurang baik dari segi bahasa. Ana harap secebis ini mampu menyentuh hati. MOga bermanfaat! Alhamdulillah thumma-l hamdulillah.

SAJAK: temanHATI

Kita
adalah warna-warni
lalu menjadi pelangi


kita
adalah jari-jemari
lalu terpadu pada tangan




kita 
adalah berjuta senyuman
melebar meluas menjadi kebahagiaan


kita
adalah darah dan jantung
saling mengalir
saling menyalur
saling memakna cinta
pada hati, pada hati, pada hati.


Teman
jauhi keterasingan
kerana keterasingan
melarikan kita jauh daripada Tuhan

(Bisikkan kepada temanmu:
"Aku sayang kamu fillah")

Teman
jangan seorang pergi ke Jannah
pimpin tanganku
bawaku bersamamu

Terima kasih Allah
untuk sekalian teman
(teman hatiku)



Raehan Intisor 2010
alhamdulillah
(dideklamasi di musolla banat, khas untuk adik-adik akhawat batch 13)

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain 
kecuali orang-orang yang bertakwa."
[QS 43: 67] 

[ASLIMtaslam]

Friday, March 5, 2010

HARUSsiap

Keputusan SPM/STAM diumum Khamis depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan 11 Mac ini (Khamis).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 manakala STAM 6,920 calon.


Bismillahirrahmanirrahim.

Insya-Allah, Khamis depan (11/3/2010) natijah SPM 2009 akan dikelaurkan secara rasminya. Maka hati mulalah rasa tak keruan, minda membayangkan segala yang pelik dan agak bukan-bukan. Teringat kembali 27 kertas yang telah dijawab dari akhir November tahun lepas sehinggalah pertengahan Disembernya.

Haih! Kamu harus siap!

HANYA mengingatkan:

berSYUKUR, REDHA & IKHLAS dengan apa jua kehendak dan keputusan-Nya. Keputusan daripada Allah itu yang terbaik.

Apa pun keputusannya, wahai Qurratu'Aini dan sahabat sekalian, jangan lupa SUJUD SYUKUR ya.

Dan ingatlah, selagi natijah itu belum sampai ke telinga kita atau pandangan mata kita, peluang untuk berDOA itu sentiasa terbuka. Teruslah berdoa untuk natijah yang terbaik di sisi-Nya dan bagi kita, destinasi melanjutkan pelajaran yang terbaik dan paling sesuai kemudian,  seterusnya dan seterusnya.

insya-Allah, segalanya yang terbaik daripada-Nya.

Alhamdulillah.

[ASLIMtaslam]

Monday, March 1, 2010

SEmangat!

Bismillahirrahmanirrahim.

Menghadiri daurah di Seri Kembangan, hati saya muhasabah lagi.  Saya bukan setakat dididik utk menjadi daie utk diri sendiri malah org lain. Saya mesti berani melangkah di jalan ini. Saya sangat ingin untuk sertai MISI daurah ke tempat itu, tetapi saya tidak mampu. Bukan kerana ekonomi, tetapi hal lain.

Hari ni saya mula bertugas di SR Islam Hidayah, JB. Majoring untuk Bahasa Melayu. Lain-lain, Pend. Seni, Kajian Tempatan dan Sivik, Fiqh dan Sirah. (Itulah, dulu first tawaran, taknak ambil! Kalau tak boleh mengajar bahasa Arab macam dia kan?)

Mengajar darjah 2, 3dan 4.

Minggu depan, mereka nak ujian. Dan seminggu kemudiannya, cuti sekolah.

Dan saya jadi sangat rindu zaman sekolah.

SEmangat!

DUAmangat!

Saya jadi teringat kata2 semangat Ustaz Shamsul Ma'arif ini.

Diriku, saya teringin melihat cita2 saya membesar menjadi relaiti di depan mata. Insya-Allah, usaha mustamirr (berterusan) dan doa banyak2 ya!


Jumaat lalu, saya jadi malu untuk menyatakan rindu. Saya tak layak. Allahumma solli 'ala Muhammad. Ya Allah, jadikan aku kuat untuk terus menelusuri sirah, fiqh sirah dan sunnah kekasih-Mu. Amiin.



:)


Kini, saya mu'allimah. ya Allah al-'Aliim, kuatkan saya.