Sunday, February 14, 2010

sayNO!



Bismillahirrahamnirrahim


Cinta?

Topik paling hangat yang orang takkan tak pernah rasa tak tertarik dengannya. (Dahsyatnya ayat!)

Saya pernah rasa suka tapi bertepuk sebelah tangan (masa sekolah menengah). Biasalah, siapa berani!  Perempuan + lelaki (yang tak menikah) = haram deh! Saya tahu itu, sangat tahu.

Seorang ukhti pernah berpesan pada saya, jangan terlalu terbawa-bawa dengan ehem.. ehem.. ini tetapi dia berpesan:
UTAMAkan pandangan ALLAH daripada pandangan manusia.

Jujur, mula-mula sukar nak tepis. Haha. (agak kelakar bila fikir balik)

Tapi lama-lama saya sedar perkara ini membawa impak kepada diri saya. Tak fokus, emosi dan macam-macam lagi. Teruk teruk teruk. Untuk memulihkan keadaan, saya bertanya diri saya: Boleh ke sebenarnya saya begini kepadanya, walaupun dia tak tahu? (Terfikir sangat-sangat, Allah lagi Maha Tahu. Aduh, dosa. Zina hati! Astaghfirullah...)

Natijahnya, saya kembalikan semua perasaan, masalah dan segalanya kepada Dia. Sagalanya terasa ringan.

Segunung beban terasa ringan di pundak saya tatkala terfikirkan bahawa segalanya hanya untuk Allah. See?

Sebab bila kita kembalikan hanya kepada Allah, maka kita tahu hanya ada satu Cinta yang perlu dijaga iaitu Allah. Maka, secara automatisnya, Cinta yang Maha Agung ini akan membuahkan cinta-cinta lain seperti cinta kepada ibu bapa, cinta akan keluarga, cinta terhadap kawan-kawan, cinta akan ilmu dan sebagainya.

Oleh itu, jika anda rasa pening nak fikir pasal cinta yang ehem..ehem.. tak kekal itu,
maka....  
Pulangkan semuanya pada Dia!  
Cinta Allah paling sempurna, Dialah yang paling setia!
Optimis deh pada-Nya!


-- Peringatan! Sebagai muslim kita tak sewajarnya mengikut trend jahilliyah (Valentine's Day) ini. Baca lagi poster di bawah.


Insya-Allah, moga jelas!

[ASLIMtaslam]

No comments:

Post a Comment