Sunday, February 14, 2010

STATUShati

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar berkongsi, status di Facebook:

aku mudah cair pada pandangan pertama, tapi aku tak mudah percaya dan yakin untuk pandangan kedua. insya-Allah. ya Allah, lindungi aku, lindungi hatiku. ",




CINTA: UNTUK SIAPA
(sempena hari kekasih)

Ungkap mereka, konon:
"Ini bunga cinta suci,
usah kau cuba untuk meragui!
Harumannya, kekal abadi!"
Dua insan dalam ikatan semu
sama bergandingan, mesra
menggenggam tangan, erat
bermain mata, turutan nafsu
andai tiada begitu begini
resah - bimbang mereka terasing
dari modenisasi manusiawi
(apa mereka mengerti
fenomena cinta suci nan hakiki?)

Maaf
aku membenci hari kekasih
kerananya, ada yang buta
cinta itu apa, kasih itu bagaimana
kerananya jua manusia tidak diajar
manifestasi cinta, untuk siapa hakikatnya
bahawa sebenarnya
sepenuh haruman kasih, seluruh wangian cinta
hanya milik yang maha layak
bukan untuk seseorang
yang sama kerdil, hina
di hadapan Tuhan

(Ayuh, semarakkan setiap hari
menjadi pencinta-Nya, 
sepenuh hati!)

1 comment:

  1. Assalamualaykum.

    Pandangan adalah panahan syaitan. Mintalah perlindungan dengan Allah daripada tipu daya syaitan yang terkutuk.

    ReplyDelete