Friday, February 26, 2010

secebisCITA


saya dan dia by you.


  yang bercita-cita: peguam & doktor (kedua2nya mantap arabiah! amiin.)


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya bercita-cita (sangat bercita-cita) untuk menjadi doktor pakar insya-Allah.

Tetapi, seandainya itu bukan yang terbaik, maka saya akan berusaha menjadi peguam insya-Allah.

Ada khabar pus-pus mengatakan keputusan SPM keluar 16 Mac ini. Wallahua'lam :) Teruslah kita saling mendoakan ya! (Ah, jadi gemuruh, takut tu!)


"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya-Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini" .
[QS 18: 23-24]

Wednesday, February 24, 2010

SAYAPkamu

Bismillahirrahmanirrahim.


Raehan mahu menyanyi lagu puisi dari hati.



Sayap yang Menghilang
(untukmu Sang Telanjuk yang puas mengerti)

diusik malah terbang
dikejar malah hilang
sayapmu meneruskan sebuah erti cinta
-tegar


kau di celah rimbun hutan
di bawah bayangan
mereka yang lagi bertopengan
menggilis fitrahmu - penghidupan sementara
merobek nyawamu - cintamu bungkam di depan mata
saat kata-katamu (untuk yang bermuka-muka itu)
hanya melodi, bukan derita

dan kau harus pergi
memaknakan hidupmu (sendiri)
bukan lagi di daerah ini
saat cinta tidak lagi punya erti

[raehanIntisor2010]

Tuesday, February 23, 2010

BIARsecebis

Bismillahirrahmanirrahim

Untuk


MEWAH, itu senang! 
Untuk KAYA , itu susah! 
Trend zaman sekarang:


MEWAH=hutang+angkuh, 
KAYA=usaha+usaha+usaha+tawakkal 
^^, how's that?
"BEWARE of luxury; 
the slaves of Allah are not luxurious."
(Ibn Mas'ud)




Alhamdulillah. Tazkirah ringkas. Biar secebis. ;D For sobah of yaum Thulatha'!

[ASLIMtaslam]

Monday, February 15, 2010

PUISIlama

Bismillahirrahmanirrahim.



Saya kutip dari laman karya saya. Dah lama tak kemaskini laman karya. ;D Tetapi saya ada karya baru di sini! Jemput baca!

[ASLIMtaslam]

Sunday, February 14, 2010

STATUShati

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar berkongsi, status di Facebook:

aku mudah cair pada pandangan pertama, tapi aku tak mudah percaya dan yakin untuk pandangan kedua. insya-Allah. ya Allah, lindungi aku, lindungi hatiku. ",




CINTA: UNTUK SIAPA
(sempena hari kekasih)

Ungkap mereka, konon:
"Ini bunga cinta suci,
usah kau cuba untuk meragui!
Harumannya, kekal abadi!"
Dua insan dalam ikatan semu
sama bergandingan, mesra
menggenggam tangan, erat
bermain mata, turutan nafsu
andai tiada begitu begini
resah - bimbang mereka terasing
dari modenisasi manusiawi
(apa mereka mengerti
fenomena cinta suci nan hakiki?)

Maaf
aku membenci hari kekasih
kerananya, ada yang buta
cinta itu apa, kasih itu bagaimana
kerananya jua manusia tidak diajar
manifestasi cinta, untuk siapa hakikatnya
bahawa sebenarnya
sepenuh haruman kasih, seluruh wangian cinta
hanya milik yang maha layak
bukan untuk seseorang
yang sama kerdil, hina
di hadapan Tuhan

(Ayuh, semarakkan setiap hari
menjadi pencinta-Nya, 
sepenuh hati!)

sayNO!



Bismillahirrahamnirrahim


Cinta?

Topik paling hangat yang orang takkan tak pernah rasa tak tertarik dengannya. (Dahsyatnya ayat!)

Saya pernah rasa suka tapi bertepuk sebelah tangan (masa sekolah menengah). Biasalah, siapa berani!  Perempuan + lelaki (yang tak menikah) = haram deh! Saya tahu itu, sangat tahu.

Seorang ukhti pernah berpesan pada saya, jangan terlalu terbawa-bawa dengan ehem.. ehem.. ini tetapi dia berpesan:
UTAMAkan pandangan ALLAH daripada pandangan manusia.

Jujur, mula-mula sukar nak tepis. Haha. (agak kelakar bila fikir balik)

Tapi lama-lama saya sedar perkara ini membawa impak kepada diri saya. Tak fokus, emosi dan macam-macam lagi. Teruk teruk teruk. Untuk memulihkan keadaan, saya bertanya diri saya: Boleh ke sebenarnya saya begini kepadanya, walaupun dia tak tahu? (Terfikir sangat-sangat, Allah lagi Maha Tahu. Aduh, dosa. Zina hati! Astaghfirullah...)

Natijahnya, saya kembalikan semua perasaan, masalah dan segalanya kepada Dia. Sagalanya terasa ringan.

Segunung beban terasa ringan di pundak saya tatkala terfikirkan bahawa segalanya hanya untuk Allah. See?

Sebab bila kita kembalikan hanya kepada Allah, maka kita tahu hanya ada satu Cinta yang perlu dijaga iaitu Allah. Maka, secara automatisnya, Cinta yang Maha Agung ini akan membuahkan cinta-cinta lain seperti cinta kepada ibu bapa, cinta akan keluarga, cinta terhadap kawan-kawan, cinta akan ilmu dan sebagainya.

Oleh itu, jika anda rasa pening nak fikir pasal cinta yang ehem..ehem.. tak kekal itu,
maka....  
Pulangkan semuanya pada Dia!  
Cinta Allah paling sempurna, Dialah yang paling setia!
Optimis deh pada-Nya!


-- Peringatan! Sebagai muslim kita tak sewajarnya mengikut trend jahilliyah (Valentine's Day) ini. Baca lagi poster di bawah.


Insya-Allah, moga jelas!

[ASLIMtaslam]

Saturday, February 13, 2010

AKUterluka [FASOBRUN jameel]

Bismillahirrahmanirrahim.



Ya Allah
Hamba terluka dalam perjuangan ini.
Dalam pembinaan diri, hamba teruji.
Dalam usaha berbakti, hamba dihalangi.
Maka hamba yang lemah ini, mohon pada-Mu agar kuatkanlah hamba ya Allah.
Maka hamba yang terasa payah ini, mohon pada-Mu agar permudahkanlah hamba ya Allah.
Hamba cemburu dengan mereka,
yang peluangnya dalam tarbiyah terbuka luas sekali.
Alangkah hinanya hamba.
Hamba mohon jadikan hamba seorang syakirah
meneguhkan diri agar tahu bersyukur dengan setiap nikmat-Mu
walaupun hamba selalu merasa kurang
ya Allah, didiklah hati hamba dengan qanaah
dan jauhi hamba daripada tamak



Ya Allah
dekatkan diri hamba dengan tarbiyah-Mu selalu
meski dalam rutin harian yang hamba lalui
lapangkanlah dada hamba
luaskan pemikiran hamba
ampuni dosa-dosa hamba semuanya
ya Za-l Jalali wa-l Ikram
sesungguhnya hanya kepada-Mu aku meminta
hanyalah Kau-lah ya Allah
sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik Sandaran.

Amiin.




P.s: Doakan perjalanan kita menjadi daie dipermudahkan-Nya. sentiasa. Tak kiralah kamu di mana, Malaysia, United Kingdom, Korea, Perancis dan lain-lain, asalkan kamu MUSLIM.... maka KITA ADALAH DAIE!
Menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran. Allah lah Maha Menyaksikan, dan segalanya menjadi satu pertanggungjawaban dan akan dipersoalkan!

[ASLIMtaslam]


Tarikh-Tarikh Penting buat semua peserta LKD 2009 tahun ini.

1.LKD Siri 1/6 2009 - 25 - 27 Dis 2009 - Selesai (Pergi)
2.LKD Siri 2/6 2009 - 29 - 31 Januari 2010 - Selesai (TH)
3.LKD Siri 3/6 2009 - 26 - 28 Feb 2010 (Ingin H)
4.LKD Siri 4/6 2009 - 26- 28 Mac 2010 (Ingin H)
5.LKD Siri 5/6 2009 - 23 - 25 April 2010 (Ingin H)
5.LKD Siri 6/6 2009 - 28 - 30 Mei 2010 - Siri akhir dan Graduasi
(Ingin hadir, Rabbuna yusahhil)


Thursday, February 11, 2010

TANOSHIMI:fun!



Suzuki: Ashita wa doyoobi desu ga, doko ka e ikimasen ka.
Since tomorrow is Saturday, why don't we go somewhere?
Miller: Tookyoo Dezuniirando e ikimashoo.
Let's go to Tokyo Disneyland.
Suzuki: Soo desu ne. Ii desu ne.
Yes, that's great.
Miller: ani de ikimasu ka.
How are we getting there?
Suzuki: Densha demo ii desu ga. Kuruma de ikimashoo ka.
We can go by train, but why don't we go by car.
Miller: Boku wa kurumaga unten dekimasen.
But I cannot drive.
Suzuki: Boku ga unten dekimasu. Senjitsu unten menkyosho o torimashita kara.
I'll drive. I got my car license the other day.
Miller: Soo desu ka. Kuruma mo kattan desu ka.
Is that so? Did you also buy a car?
Suzuki: Iie. Chichi no o karimasu.
No, I'm borrowing my father's.
Miller: Mearii san mo sasoimasshoo ka.
Let's also invite Mary.
Suzuki: Ee. Soo shimashoo. Watashi wa imooto o tsurete ikimasu.
Okay, let's do that. I'll take my sister along.
Miller: Jaa, tanoshimi ni shite imasu.
Well, I'm looking forward to it.
Listen Listen to Dialog up to this point. (.wav file)


Belajar sikit-sikit. Di Japanese Online. (Kesan menonton Naruto sejak tingkatan 1?)

Saturday, February 6, 2010

ADVENTUREbila

Bismillahirrahmanirrahim.

Esok Ahad. Lusa dah kena kerja balik. Teringat dulu saya belajar dalam satu daurah, yang muslim hebat takkan ikut kitaran manusia bodoh. Kerja-makan-tidur-bangun. Ulang-ulang, meaningless. Huu, saya taknak macam tu! Biarlah saya dapat meneguk ilmu yang bermanfaat sepanjang cuti sehingga masuk U bulan 5 nanti, insya-Allah.(bulan 5? Tak lama lagi tu. Natijah SPM keluar bulan 3 ni!)

Esok, ada beberapa kawan saya yang akan fly ke Jawa, ikut program Road 2 Jawa 4. Cemburu! Bila saya juga boleh bertebaran di atas bumi Allah nan luas ini, mencari setitis ilmu Allah yang nilainya sangat berganda-ganda besar buat hamba-Nya yang kerdil.

But when the prayer is ended, then disperse abroad in the land and seek of Allah's grace, and remember Allah much, that you may be successful [Qur'an 62:10]

Kepada ukhti Farah Farhanah dan akhawat R2J4 yang lain, inilah saat mula membina ummah dgn membina kendiri nan qawiyyah dalam diri. Buat yang terbaik. Mungkin saya kat sini tak faham apa erti kalian buat itu ini, bincang perkara-perkara itu semua depan mata, namun saya tahu mestilah benda itu akan membawa kebaikan kepada ummah, saya yakin.

Kepada ukhti Nurul Sakinah di Perak sana, yang bergelut dengan subjek-subjek STAM, selamat mencari keberkatan dalam menuntut ilmu. Kekalkan fikrahmu, kak keen! Binalah Islam dalam dirimu, agar Islam terbina  di sekelilingmu!

Saya cemburu dengan kalian! Kak Keen dan Farah, rindu kalian. Dan akhawat lain juga!



n_n

Dilema bidang di U. Hati cenderung kepada satu subjek ni, tapi biarlah rahsia. Doakan saya dapat score SPM dengan cemerlang, flying colours. Target saya 10 A 2 B (doakan semuanya kredit atau yang , lebih baik, saya taknak D,E, G -- ya Allah, na'uzubillahi min zalik)

MAC ni, saya nak cuti beberapa hari, bermalam di rumah sahabat di Kajang, pergi Kuala Lumpur International Book Fair 2010 dan kalau sempat saya nak pergi Muzium Kesenian Islam. Insya-Allah, biiznillah. :D


Mungkin saya akan travel sendiri, atau mungkin saya akan travel dengan family!
Saya sayang keluarga saya! Uhibbu usrati!


Saya juga mahu ADVENTURE! Bila? Mac ini, insya-Allah. :D

 Doakan kita semua sama-sama dalam redha-Nya, meniti hidup dengan iman di hati, lisan dan amal.

Amiin! ;)

[ASLIMtaslam]

Tuesday, February 2, 2010

JANGAN membazir

Bismillahirrahmanirrahim.


Kebelakangan ni macam banyak kertas yang saya kira sangat sesuai untuk dikitarsemula tapi terfikir, kitarsemula atau kitarguna?

Saya rasa DAH LAMA sangat tak buat hand-made recycle paper.

Cari-cari, saya jumpa video ni:





Apa yang saya boleh katakan, tak elok membazir-bazir sampah yang masih ada peluang untuk kitarguna ni sebenarnya. Walaupun saya tahu, mesti semua orang rasa macam senang hati je campak semua sampah dalam tong sampah, lepas tu semua akan ber'hijrah' ke tapak pelupusan sampah (entah berapa tahun nak lupus, nama je tapak pelupusan)

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Hayya natakallam 
hayya nata'allam
hayya nataqaddam
bilughatina~
Geng BAHASA ARAB! 

-tiba-tiba bersemangat bahasa arab!-


Ok, ilalliqa'!


[ASLIMtaslam]