Saturday, January 9, 2010

TAHUtak

Bismillahirrahmanirrahim.

Tersedar diri masih banyak kekurangan,  tapi peranan daie tidak pernah memilih insan. Semua muslim itu daie. Yeah~ Tiada pengecualian. Bahkan kamu yang sedang membaca ini jika kamu adalah muslim, maka saya yakin tanggungjawab ini tergalas di bahu kamu.

Tahu tak, kamu perlu tahu juga apa itu rukun baiah. Ikuti kisah kecik ini:

Hari tu (mengambil latar masa bulan Disember 2009), saya dan akhawat dari Hidayah JB ada mengikuti daurah pasca-SPM. Usai kem tahfiz, saya mengikuti daurah itulah, jauh dari Johor, tetapi masih di dalam Malaysia. Sebelum nak sampai di tempat itu, naik bas ekspres, LRt dan Putra serta kereta. Jauh lah kan?

Usai program, kami tunggu bas di Pudu, setelah bertolak pergi dari tempat program. Di stesen 7, kami tunggu sampai lenguh-lenguh kaki (berdiri!). Apa yang menariknya, lenguh kaki dan sengal-sengal bahu hanya terasa bila dah naik atas bas. Sebelum naik tahu kami buat apa? Kami bincang strategi untuk tingkatkan tarbiyah di sekolah. Lepas tu, lepas dah bincang-bincang, tiba-tiba da sahabat saya ni keluarkan kertas ke buku. (Tak begitu pasti) Di atasnya tercatat rukun baiah. Macam pernah dengar je?

Lepas tu sahabat ana ni kata: Hari tu kami dah hafal dah rukun baiah ni. Ada 10. Anti dah hafal?

Dengan rasa malu sikit: Belum. Ana belum hafal lagi. Tapi, ana akan hafal sekarang, insya-Allah.

Maka, saya pun mengulang-ulang rukun yang 10. Ya, rukun yang dirumuskan Imam as-Syahid Hassan al-Banna untuk Harakah Islamiah.

1. Fahmu (Kefahaman)
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Tadhiyah (Pengorbanan)
6. Taat
7. Thabat (Tetap pendirian)
8. Tajarrud (Tegas)
9. Ukhuwwah (Persaudaraan)
10. Thiqah (Percaya)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sampai sekarang saya masih hafal lagi yang 10 ini.

Itulah kisahnya.

Nak tahu penerangan lebih lanjut, dikupas oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna tentang 10 ini, bolehlah klik di sini. Kenapa kita kena tahu, apa penerangan di sebalik setiap daripada 10 itu dan lain-lain. Jangan rasa perkara ni advanced. (Walaupun awalnya saya pun berfikiran sebegitu). Tak rugi sebab ini ilmu!

Semoga ada manfaatnya.  ;D
Akan datang, saya akan kongsi lagi satu 10 yang mesti dihafal Iaitu: muwasofat tarbiyah. ^^, Insya-Allah.

[ASLIMtaslam]

No comments:

Post a Comment