Saturday, January 16, 2010

RANDOMthoughts

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, 13 Januari lepas saya dah mula bekerja di firma guaman Faizah Aishah Rahman & Associates, menyediakan perkhidmatan guaman syarie dan sivil.

3 hari baru bekerja tapi rasa macam banyak juga input-input baru. Memang saya bukan peguam sekarang, tapi wallahua'lam, akan datang bagaimana kan?

Plaintif, defendan, afidavit, ikatan dokumen, fasakh, faraidh, lafaz taklik, cerai cara baik, saman, kebankrapan dan istilah-istilah.

Mula-mula tu agak pening juga. Saya rasa novel Mencari Locus Standi ada membantu saya memahami rutin peguam dan istilah-istilah tertentu. Tetapi tetap kosong masa mula-mula kerja di sini. Alhamdulillah, Puan Faizah, Puan Aishah dan Kak Nisak banyak membantu saya mencerna dengan baik maklumat-makumat baharu ini.

Alhamdulillah, saya sedikit sebanyak agak mahir untuk posting, taip surat guaman, uruskan fail-fail yang  melambak banyak.

Bos saya 2 orang dan kedua-duanya sangat manis apabila mengukir senyuman!


Nak tahu rahsia bekerja: MESTI banyak BERSABAR!

Fasobrun jameel!

[ASLIMtaslam]

1 comment:

  1. salam'alaykum..

    kamu pelajar lepasan seklah mne?

    teringin dan ingin tahu.

    dan kamu adalah penulis sajak+cerpen ea?

    dan nak jadi peguam?

    saya pernah bercita2 jdi peguam. sekejap lps tu nak jdi baker pulak. kadang2 nk jdi psycologist. hanya Tuhan yg tahu semuanya. saya ikhtiar.Dengan izin-Nya.

    banyak pulak soalan.

    berukhuwwah dengan kamu di alam maya kerana Allah. 'abadan abada,

    biiznillah!

    .al-amin bangi.

    wassalam'alaykum

    .sekian.

    Ayman Saffura

    http://aintawriter.wordpress.com/

    ReplyDelete