Monday, January 18, 2010

MEMANDANG=mengerti?

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk terus mengemaskini blog dengan curahan idea daripada-Nya.
Walaupun terasa kekangan waktu mula membuas (dahsyat kan?),  tapi blog ini kan wadah yang bukan percuma (baca: bukan sia-sia) untuk diusahakan.

Melepaskan? Tidak!



Lantaran terpaksa memberikan komitmen untuk kerja, saya terpaksa melepaskan adik-adik usrah saya dengan redha. Naqibah saya kata, walaupun saya melepaskan mereka kepada orang lain tetapi kita tetap perlu memegang usrah, sebab dari situlah kita boleh membina diri kita.

Right? 

Sebab bila kita suruh adik kita buat sesuatu, mestilah kena check diri dah buat ke belum. Payah tu kalau adik usrah lagi hebat daripada naqib/naqibahnya.

Oleh itu, insya-Allah ana akan usahakan untuk mengumpulkan adik-adik di taman tempat ana tinggal dan akan share kerja tarbawi ini dengan ukht Amirah (musytaqah ilaiki jiddan!). Doakan ya!

Semuanya kerana Allah.



Menginterpretasi

Apabila saya kerja di luar, luar daripada dunia Hidayah saya yang sungguh murni (bolehlah), saya bertemu dengan ragam dunia.

Yep, ragam dunia disebabkan manusia!

Saya berkawan dengan orang yang ada dua orang boyfriend. Tak sempat nak cakap apa-apa, kakak ni dah berhenti kerja. Saya pun berkawan dengan orang yang tak solat (memang tak mahu solat dan bukan kerana uzur syarie).

Bayangkan orang bertudung, pekerti mulia tapi errm... tak solat. Sayang kan?

Saya sayang masyarakat kita hari ni, andainya kita semua dapat islahkan diri, lebih-lebih lagi setelah didakwahkan. Cuba interpretasi fenomena sebanr dunia sekarang, tak tersangkakan oleh akal kamu mungkin?

Alhamdulillah, percayalah Allah tetap akan lindungi hamba-Nya yang sentiasa berusaha maintainkan iman!

Ya Allah al-Hafiz al-Muhaimin, qawwini wa qawwina jamiean.

Memandang=mengerti

Saya takut kita jadi orang yang hanya tahu memandang tapi tak tahu mengerti. Na'udzubillahi min zalik.

Kalau kita tak tahu mengerti (dan menghayati) maksudnya kita SENGAJA kufur nikmat dengan pancaindera dan hati yang Allah bagi. Allah ada samakan manusia yang sebegini dengan bintang ternakan (al-an'am) dalam surat cinta-Nya yang sentiasa memperingatkan kita.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
[QS 7: 179]


Fikir-fikirkanlah :D 



KAMI yang sedikit



Kau letakkan hati dalam dadanya
tetapi mampukan dia mengerti?
Kau tempatkan matanya sebaiknya
tetapi bolehkah dia melihat?
Kau wujudkan telinga untuknya
tetapi bisakah dia mendengar?
Kau berikan nikmat yang tak terhitungkira
tetapi dapatkah dia mentafsirkannya
dengan cara-Mu?

Ya Allah, jadikan kami daripada kalangan mereka yang sedikit
(yang sentiasa bersyukur kepada-Mu
- saban waktu)

.raehanINTISOR.
[18012010]


                                  akhawat batch11 SMI ISlam Hidayah JB.

[ASLIMtaslam]

5 comments:

  1. Salam 'alaik, ya ukhti. Sebelum ana komen, ana nak tanya, macam mana enti tahu perempuan tu tak solat? Ana tertanya-tanya.. Jangan salah faham, ana nak tahu je (sebelum memberi komentar yng betul).. :D

    ReplyDelete
  2. Nak tahu macam mana dia memang jenis yang tak nak solat?

    Dia akan mengelak untuk solat, dan dia akan beri alasan yg sama berulangkali (macam uzur syarie) dan sbgnya.

    Dia akan manghabiskan waktunya dengan tiada rasa bersalah untuk tinggalkan solat.

    Faham tak?

    ReplyDelete
  3. Oh.. Astaghfirullah..

    1. Tak apa.. kita doakan supaya dia dapat hidayah, semoga Allah membukakan hatinya untuk insaf daripada meninggalkan perintah-Nya.

    2. Enti sudah mula bekerja? Alhamdulillah kerana enti mendapat manfaat daripada pekerjaan enti.

    3. Ana pernah terbaca dalam tulisan Dr. Mahmood Zuhdi, perubahan itu ada dua: secara semula jadi dan juga secara paksaan (yakni, diusahakan). Kalau orang memilih hendak mengislahkan dirinya secara semula jadi, maka biarkan dia (mendapat habuan dan risikonya).

    4. Dakwah? Enti patut baca catatan ana di blog ana bertajuk 'Sepetang Rabu di Surau'. Ana mengalami masalah dalam dakwah ana sendiri.:(

    5. Tentang sajak enti, saya teringat satu hadis, "Islam datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing." Ana lupa siapa periwayat terakhirnya.

    6. Oh ya, enti tersilap eja. 'Mengahayati' sepatutnya 'menghayati'. :D

    ReplyDelete
  4. ada gaya dr. anwar ridhwan. kebetulan kot... tapi suka rangkap akhir... :)

    ReplyDelete
  5. ^_^ syukran lakuma

    lukhman: terima kaish utk perkongsian (dan pembetulannya!) jazakallah


    amirul hamidun: alhamdulillah, baguslah kan kalau ada gaya SN? ;) sama2 kita mengasah potensi (prestasi utk Ilahi).

    ingat tau, tulis antologi sama2? ;D

    ReplyDelete