Tuesday, January 26, 2010

EMELduludulu

Bismillahirrahimanirrahim

Saya terjumpa sajak ini di balik timbunan e-mel amour_intisor saya.

Baru sekarang saya faham. Kepada penulisnya, insya-Allah, kalau kamu bagi alamat kamu, saya akan menulis surat untuk kamu, membalas e-mel ini!


Tiupan panas Mediterranean, tajam
sedang awan kuning tiada.
Namun, disebalik angin biru
ada titisan pena basah, lantas
dilayang merpati ke banjaran emas
untuk mata yang tenang


Terima kasih, sang penulis. ^^,

[ASLIMtaslam]

9 comments:

  1. wah. rasanya saya faham juga maksudnya... hehe :D

    ReplyDelete
  2. ye ke amirul hamudin?

    cuba bagitahu saya apa tafsiran kamu?

    ReplyDelete
  3. ada dua. tak taulah betul atau tidak, sekadar sebuah tafsiran. tapi sebelum itu, jika saya menjawabn, adakah boleh mendapat tafsiran yang sebetulnya selepas itu?

    :)

    ReplyDelete
  4. kalau saya nak bagi tafsiran juga boleh?

    ReplyDelete
  5. saya persilakan sdr amirul hamudin untuk memberikan 2 tafsiran dan sdr shahreza untuk memberikan tafsirannya juga.

    kepada sang penulis, tafsirkan sebenar2nya hingga aku mengerti, kalau kamu sudi~ :)

    sdr amirul hamudin, saya akan bagi tafsiran saya sesudah saya membaca 3 tafsiran drpd kalian. ;)


    masih, tafsiran sang penulislah yang terbaik kerana dia menulis dengan seluruh hati dan jiwanya!

    ReplyDelete
  6. Tiupan panas Mediterranean, tajam
    sedang awan kuning tiada.
    Namun, disebalik angin biru
    ada titisan pena basah, lantas
    dilayang merpati ke banjaran emas
    untuk mata yang tenang

    ok. raden, begini. daripada saya menafsirkannya sehingga keluar teori sastera, gaya bahasa, apa semua. alangkah moleknya, jika saya terus ke apa yang diinginkan/dimaksudkan oleh penulisnya. tak begitu? ;)

    macam dah cakap awal. ada dua:

    1) rasanya penulis ingin menyampaikan hasrat hatinya. seperti ada sesuatu yang dia minati pada si penerima lantas memberi sajak ini sebagai satu langkah awal. menantis balas jawapan?

    2) penulis sedang menuntut di mana-mana jazirah tanah arab ke? kalau ye, rasanya dia mengajak si penerima untuk bersama belajar di sana. seperti mengetahui hasrat penerima yang ingin menyambung pelajaran di situ. dia seperti tertunggu sekian lama. sudah berasa bosan dan memerlukan sesuatu?

    wallahualam. tentu lebih mudah menafsir jika mengetahui latar belakang si penulis dan masa dia menulis.

    sekadar se(dua)buah maksud.

    ReplyDelete
  7. oh, maca tu?

    kalau kamu nak tahu...

    sang penulis menuntut di eropah.

    dan sajak ini tercipta

    bila kami adakan balas2 sajak satu masa tu (biasanya masa dia tak busy dgn exam)

    sebenarnya agak lama juga tak ada balas2 sajak ni.
    kalau kumpul, kamu boleh tengok hasilnya macam mana!

    huhu...

    untuk tafsiran lain, wallahu a'lam.
    saya masih menunggu penulisnya mentasfirkannya.
    tak kisah dia nak dedahkan siapa dirinya atau tak. ;D

    ReplyDelete
  8. salam alayk

    Wah, 7 orang komen sajak. Mcm orang perancis cakap selalu 'Ola, c'est nickel'

    Saya nak juga bagi tafsiran saya, humm tapi tak sehebat yang dekat atas-atas, macam-macam idea yang timbul. Menarik pula baca benda-benda ni.

    Saya rasa, penulis nak sampaikan salam, khabar dari tanah orang. Dia jenis yang tak suka tulis panjang-panjang, sebab sajak yang pendek ni ada 1001 maksud.

    Saya tak dapat nak kupas semua, cuma nak kata yang penulis ni macam gembira berkawan dengan si pemilik blog ni... Oh mungkin susah nak terang, banyak sangat metafora dalam ni, saya pun tak tau nak mula dgn yang mana satu. :P

    ReplyDelete
  9. haha, pulasari ada 1001 makna ke utuk sajak pendek ini?

    tak mengapa merungkai 1001 makna metaforanya, kita kan mentafsir!

    :) terima kasih pulasari.

    [gembira berkawan dgn penilik blog ini. ya Allah, betapa banyak kekurangan dan kelemahan ini, maka sayalah yang patutnya lebih2 bersukur kerana berkawan dgn penulis sajak ini!] --- selalu menegur saya andai tersilap, mengingatkan saya kepada-Nya!

    ReplyDelete