Friday, January 8, 2010

cerpenBUKANkau

Bismillahirrahmanirrahim.

Berikut adalah beberapa fragmen cerpen Bukan kau. Cerpen ini sebenarnya tanggungjawab yang tertangguh buat abege (anak baru gede: remaja) semuanya, khususnya adik-adik di sekolah-sekolah Musleh. Tetapi mohon maaf, cerpennya hanya akan disiarkan secara kamil (sempurna) apabila masanya.

Terimalah prolog + fragmen pertama; Bukan kau.

--------------


Prolog

+ Kau nampak tak? Tu?

- Haa, aku nampak, solehahnya dia. Semua orang nampak macam sayang saja kepadanya. Mesranya dia kepada kawan-kawannya.

+ Apa kata kau kawan dengan dia?

- Apa aku dapat kalau kawan dengan dia? Aku ni rasa banyak sangat kekurangan berbanding dia. Hish, tak mahulah.

+ Be optimistic Iman! Kau bukan saja dapat berkawan dengan perempuan yang baik macam dia tu, bahkan boleh juga kau islahkan diri kau jadi muslim yang lebih soleh wa musleh. Orang akan lebih suka akan engkau lepas ni. Kau tak nak ke?

- Hmm... Aku bukan tak nak. Cumanya... bukan ke nanti dikira ikhtilat?

+ Apalah engkau ni? Perempuan ini lain tahu! Peluang sudah ada di depan mata, takkan kau nak lepaskan begitu saja?

Khali sejenak.

- Aku takkan lepaskan peluang.

+ Bagus, Iman. Kau memang rijal.

- Kalau boleh aku tahu... siapa namanya?

-----------------
Fragmen 1

Semalam, aku nampak dia di bilik mu'allimah, berjumpa Mu'allimah Taqiyah. Tudung kuningnya labuh, memang bagi aku dia terpelihara, sangat-sangat menjaga dirinya. Caranya bercakap dengan mu'allim mu'allimah pun memang sopan, tak ada gedik-gedik macam perempuan-perempuan lain yang aku kenal kat madrasah ni. Kalau perempuan-perempuan yang ada di dalam kelas aku tu, buat aku rimas saja. Pakaian sopan, tapi akhlak, macam anak jantan! Serius, ya Allah, aku nak kenal dia. Tapi, susah! Sampai sekarang aku tak tahu dia kelas mana lantaran madrasah aku ni memang ramai pelajarnya. Lebih seribu orang.

Oleh sebab itulah, aku tidak akan lepaskan peluang memerhatikannya setiap kali aku bertembung dengannya, cara dia senyum kepada orang lain, cara dia memberi salam dan bersalaman; walaupun aku tahu, dalam seminggu, aku hanya akan terseremProxy-Connection: keep-alive
Cache-Control: max-age=0

k dengannya paling banyak pun, sekali. Bila aku perhatikannya, aku tahu, Syukri akan cuba mengalih perhatian aku. Tetapi, harus bagaimana lagi?

Aku tahu tengok dia salah, tapi kalau dah memang dia solehah, salah juga ke? Ikhtilat ini pergaulan bebas je kan? Bagi aku, ikhtilat tu yang pegang-pegang tangan, kongsi gambar dalam handphone secara terbuka, pergi tengok wayang sama-sama, dating kat belakang bangunan pejabat sekolah dan lain-lain yang aku rasa memang ikhtilat. Kalau sekadar memendam rasa macam ni bukan ikhtilat kan?

Aku rasa seperti bertambah-tambah kekuatan aku untuk berbuat baik dan jadi lebih bermanfaat untuk orang lain bila aku selalu ingat kepada dia. Bila aku studi, aku jadikan dia sebagai inspirasi aku. Syukri, sahabat karib aku tahu tentang hal ini, tapi dia selalu ingatkan aku untuk fokus. Aku buktikan kepada Syukri, bahkan semua orang bahawa aku takkan terganggu dengan mengingati dia.


"Syukri, kan ana dah kata, ana takkan terganggu punya dengan perkara macam ni. Lagi pun, kita kan dah selalu studygroup sama-sama dengan Bakri dan Syafiq. Kita sama-sama berjaya dengan flying colours kan?"

"Ya, itu memang betul Iman. Tapi Iman, ana tak nak anta silap tujuan belajar, tujuan kehidupan, tujuan menjadi diri anta yang sebenar. Ana tak nak apa-apa terjadi kepada anta. Semua nikmat ini milik Allah, sahabat. I'lam annani uhibbuka fillah akhi"

"Insya-Allah, ana tahu jaga dirilah, Syuk. Uhibbuka fillah kaman."


Seolah-olah dia, perempuan solehah itu, menjadi bayang-bayang aku, nafas aku, sejak hari itu, hari pertama aku tertaut mata dengannya di maktabah, ketika aku tidak ditemani Syukri.

Dia seolahnya sempurna.


Bersambung...

[aslimTASLAM]

No comments:

Post a Comment