Sunday, January 24, 2010

BUKANmengenang

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya rindu debat Arab (munazhoroh).

Saya rindu ijtihad + iltizam + imtithal dalam menekuni sebuah kemahiran. Kemahiran yang sampai bila pun saya akan sentiasa ingat saya pernah melalui suka duka dengannya.


Senang?

Susah!

Saya dikutuk, dikritik depan jantina lain terang-teragan oleh mudarrib saya.

Saya dimarah sahabat saya sendiri lantaran thiqah nafsiyyah saya teruk!

Saya sangat tak hebat bahasa arab, saya rendah diri dengan sahabat lain tetapi mudarrib dan sahabat menguatkan keyakinan bahawa saya boleh!

Saya pernah rasa lemah, tetapi saya sangat cinta akan bahasa arab, maka saya juga menjadi sangat cinta akan munazhoroh.

Meski saya terpaksa tidur pukul 3 pagi menekuni kalimah-kalimah arab, mengulang-ulang-ulang muqaddimah yang belum lancar, dan mungkin melayan gundah-gulana sebelum musabaqah untuk debat Musleh, tetap dalam hati saya matlamatnya biarlah syiar Islam ini bertakhta di hati sesiapa jua yang mendengarnya dengan kalimah yang diucapkan. Niat itu penting!

Ingat tak penat ke?

Bersungguh-sungguh, mestilah penat.

Saya penat saya belajar (belajar biology, add maths walaupun ada latihan debat?) saya rasa nak pengsan.

Saya debat dan saya juga pelajar.

Khusus untuk adik-adik debat bahasa arab, debat ini,
bukan sebab nak pergi wakilkan sekolah semata,
bukan nak menunjuk-nunjuk anda ni bahasa arabnya hebat.

BUKAN!

Tunjukkan bahasa Arab bukan bahasa yang mudah diperkotak-katikkan martabatnya. Bahasa ini bahasa khilafah Islamiyah kita yang hampir 100 tahun tewas kepada jahiliyyah.

Sedikit tinta jasa yang kalian titiskan tetap dalam hitungan Allah, jika nawaitu kalian benar.

Kita kan berprinsip atas 3 daripada 10 muwasofat tarbiyah ini?:

- Ibadah yang sohih
- Luas pengetahuan
- Menepati waktu

Sama-sama kita berkongsi susah payahnya.
Bukan "biar saya susah sorang-sorang, biar awak kerja sorang-sorang."

Mungkinkah sebab antum ramai jadi susah nak dibentuk? Waalahu a'lam.

Apa-apa pun...

Aina at-ta'awun bainakum?


Doakan kita sama-sama dikuatkan-Nya (kekuatan itu hanya milik-Nya!), walaupun usia membedakan, tetapi matlamat kita sama.

1 Matlamat 1 Kebergantungan.

[Barangkali kalian belum mengerti matlamatnya?]

Ingat, jadilah insan yang mampu besederhana tetapi KOMITED (iltizam). Seimbangkan debat, sukan dan akademik. Jadi insan yang mumtaz.

Insya-Allah, sama-sama KITA mumtaz (tak kira kakak2 yang melatih dan adik2 sekalian) Rabbuna yusahhil ;D

Farah, ana tak mengenang detik-detik kita di kelas 2 Islah, di tingkat paling atas bangunan Tahfiz, dan lagi-lagi dalam maktabah.




Sesungguhnya, ana sayang sesiapa yang mencintai bahasa Jannah-Nya dengan seluruh hatinya. Allah juga pasti LEBIH-lebih lagi sayang sesiapa yang menjaga HAK-NYA ini.


[Aku juga masih belajar untuk itqan dengan cinta akan bahasa ini!]

5 comments:

  1. salam.
    terus blajar bahasa arab ya ~

    ReplyDelete
  2. erm...maksudnya?
    anti x mengnang atau nt mengenang setiap training bainana tahun lps??xfaham ni...al-musykilah !! :)

    ReplyDelete
  3. aku tak mengenang farah.

    aku cuba muhasabah dan ajak org lain (esp. adik2 kita ni) ambil apa yang tersirat di sebalik kenangan..

    aku bukan mengenang.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. pulasari, insya-Allah..

    saya akan tetap berusaha untuk belajar bahasa esp. bahasa ARAB dan PERANCIS.. ^^,

    doakan ya.

    ReplyDelete