Monday, January 4, 2010

BELAJARini



Bismillahirrahmanirrahim




Imam Hassan al-Banna ada berkata:

Impian hari ini adalah kenyataan hari esok.

Saya harap panduan Fasa di atas tu boleh membantu saya menceriakan 3 bulan sementara menanti natijah SPM diumumkan. Erti hidup untuk memberi yang terbaik!


Hari ini persekolahan sudah dimulakan. Oleh itu...

Kepada adik-adikku,

Selamat memulakan kembali persekolahan. Persekolahan membawa maksud pembelajaran. Pembelajaran membawa cinta. Ya! Bertambah-tambah cinta pada yang Esa bila belajar ilmu yang memang bukan milik sesiapa melainkan Allah.

Kurangkan tekanan semasa belajar. Belajar untuk belajar! Bukan belajar untuk mendapat kejayaan yang tak kekal. Sebab belajar adalah proses yang akan berterusan sepanjang hayat.
Proses yang akan terus mendewasakan dan memurnikan kehidupan. Tak hairanlah Islam mewajibkan setiap seorang daripada umatnya untuk menuntut ilmu. Bermanfaat!

Okeh?





Saya amat cemburu melihat adik-adik ke sekolah semula. Nak belajar semula. Insya-Allah, Allah akan tempatkan saya di mana-mana untuk belajar semula bermula Mei nanti.


Rabbuna yusahhil!~


[ASLIMtaslam]

P.s:Oh cik raden, penuhi muwasofat tarbiyah yg ke-10 [naafiun lil ghairi] untuk masa ini!

No comments:

Post a Comment