Saturday, January 30, 2010

KENAPA bengang

Bismillahirrahmanirrahim.

Terasa bengang. Aku rindui sesuatu yang telah lama hilang, yang pernah aku rasai sebentar semasa tingkatan 1. Sebentar amat. Ya, amat.

Bengang! - di stadium-

P.s: Kalau Allah uji hati kita, kita mesti berdepan dgn ujian tu kan, bukan lari kan? Ugh, masalah hati! Terasa sangat bila baca 2  bab terakhir novel Terasing oleh Hilal Asyraf. Rabbi yuqawwiy.

[ASLIMtaslam]

Friday, January 29, 2010

handphoneTUNTUTAN@kehendak

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,  thumma-l hamdulillah pertama kali dalam hidup, dapat gaji. Salary. Atau yang seangkatan dengannya. Tak mengapa sedikit, kecil tetapi dapat merasai hasil sesuatu pekerjaan.

Makcik Faizah kata: 
"When working, people will always be motivated by money!"

Haa, betul ke? Apa pandangan kamu?

Mungkin kerana an-nuqud huwa al-iqtidha' @ duit adalah tuntutan?


Bercerita tentang tuntutan. Saya perkenalkan satu daripada kehendak+tuntutan dalam list to-buy saya, handphone Qur'an:


 

Hand Phone Al-Quran ENMAC (model MQ1100)


Harga Seunit:
RM 395.00

Bayaran Penghantaran Barang:
PERCUMA Semenanjung M'sia



P.s: Bahagia pagi tadi dapat call daripada akhawat tersayang dari Kedah. Nak ikut ke mukhayyam tarbawi tetapi wallahu a'lam, Allah pasti mengaturkan yang terbaik buat para hamba-Nya. Doakan saya kuat!  Seperti katanya: Qurrah kan kuat?

[ASLIMtaslam]                                    

Thursday, January 28, 2010

KEMBALIKANkhilafatuna

Bismillahirrahmanirrahim.


Pagi tadi dengar nasyid 1924. Aku rindu sebuah khilafah yang aku tak sempat nak merasa dulu. Aku harap aku masih sempat merasanya nanti. Kembalikan kepada kami khilafatuna! Ya Allah, bantu kami. Kami butuh amir of the ummah!




Hari ini kerja banyak buat khilaf tak tersengajakan. Macam tak tarkiz a.k.a fokus. Penat mungkin salah satu faktornya. Rasa kecewa dengan diri sendiri, harap dapat improve.


Yesterday is a history, tomorrow is a mystery, today is a GIFT.

-kata-kata Tok Guru Kura-kura dalam Kung Fu Panda, rindu nak tengok cerita bermotivasi!-

[ASLIMtaslam]

Tuesday, January 26, 2010

EMELduludulu

Bismillahirrahimanirrahim

Saya terjumpa sajak ini di balik timbunan e-mel amour_intisor saya.

Baru sekarang saya faham. Kepada penulisnya, insya-Allah, kalau kamu bagi alamat kamu, saya akan menulis surat untuk kamu, membalas e-mel ini!


Tiupan panas Mediterranean, tajam
sedang awan kuning tiada.
Namun, disebalik angin biru
ada titisan pena basah, lantas
dilayang merpati ke banjaran emas
untuk mata yang tenang


Terima kasih, sang penulis. ^^,

[ASLIMtaslam]

Sunday, January 24, 2010

BUKANmengenang

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya rindu debat Arab (munazhoroh).

Saya rindu ijtihad + iltizam + imtithal dalam menekuni sebuah kemahiran. Kemahiran yang sampai bila pun saya akan sentiasa ingat saya pernah melalui suka duka dengannya.


Senang?

Susah!

Saya dikutuk, dikritik depan jantina lain terang-teragan oleh mudarrib saya.

Saya dimarah sahabat saya sendiri lantaran thiqah nafsiyyah saya teruk!

Saya sangat tak hebat bahasa arab, saya rendah diri dengan sahabat lain tetapi mudarrib dan sahabat menguatkan keyakinan bahawa saya boleh!

Saya pernah rasa lemah, tetapi saya sangat cinta akan bahasa arab, maka saya juga menjadi sangat cinta akan munazhoroh.

Meski saya terpaksa tidur pukul 3 pagi menekuni kalimah-kalimah arab, mengulang-ulang-ulang muqaddimah yang belum lancar, dan mungkin melayan gundah-gulana sebelum musabaqah untuk debat Musleh, tetap dalam hati saya matlamatnya biarlah syiar Islam ini bertakhta di hati sesiapa jua yang mendengarnya dengan kalimah yang diucapkan. Niat itu penting!

Ingat tak penat ke?

Bersungguh-sungguh, mestilah penat.

Saya penat saya belajar (belajar biology, add maths walaupun ada latihan debat?) saya rasa nak pengsan.

Saya debat dan saya juga pelajar.

Khusus untuk adik-adik debat bahasa arab, debat ini,
bukan sebab nak pergi wakilkan sekolah semata,
bukan nak menunjuk-nunjuk anda ni bahasa arabnya hebat.

BUKAN!

Tunjukkan bahasa Arab bukan bahasa yang mudah diperkotak-katikkan martabatnya. Bahasa ini bahasa khilafah Islamiyah kita yang hampir 100 tahun tewas kepada jahiliyyah.

Sedikit tinta jasa yang kalian titiskan tetap dalam hitungan Allah, jika nawaitu kalian benar.

Kita kan berprinsip atas 3 daripada 10 muwasofat tarbiyah ini?:

- Ibadah yang sohih
- Luas pengetahuan
- Menepati waktu

Sama-sama kita berkongsi susah payahnya.
Bukan "biar saya susah sorang-sorang, biar awak kerja sorang-sorang."

Mungkinkah sebab antum ramai jadi susah nak dibentuk? Waalahu a'lam.

Apa-apa pun...

Aina at-ta'awun bainakum?


Doakan kita sama-sama dikuatkan-Nya (kekuatan itu hanya milik-Nya!), walaupun usia membedakan, tetapi matlamat kita sama.

1 Matlamat 1 Kebergantungan.

[Barangkali kalian belum mengerti matlamatnya?]

Ingat, jadilah insan yang mampu besederhana tetapi KOMITED (iltizam). Seimbangkan debat, sukan dan akademik. Jadi insan yang mumtaz.

Insya-Allah, sama-sama KITA mumtaz (tak kira kakak2 yang melatih dan adik2 sekalian) Rabbuna yusahhil ;D

Farah, ana tak mengenang detik-detik kita di kelas 2 Islah, di tingkat paling atas bangunan Tahfiz, dan lagi-lagi dalam maktabah.




Sesungguhnya, ana sayang sesiapa yang mencintai bahasa Jannah-Nya dengan seluruh hatinya. Allah juga pasti LEBIH-lebih lagi sayang sesiapa yang menjaga HAK-NYA ini.


[Aku juga masih belajar untuk itqan dengan cinta akan bahasa ini!]

JUGAdeklarasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah al-Khabir.

Usai menjadi coach debat-munazhoroh

Adik-adikku sayang.

Akak tahu munazhoroh belum bertakhta di hati antum antunna, bosan tertekan lagi-lagi bila kami berdua mengconduct kalian.

Tetapi kami telah memberikan yang terbaik! Itu semampu kami!

FISRT impression daripada kalian; TERUK!

Akak tak boleh terima! Kalau ustaz hassan ada, mesti kertas yang korang sangat suka tengok tu (dahlah tulisan kecik, orang suruh tulis guna magic pen degil taknak bawak, mengada-ngada!) akan dikoyakkan sehancur-hancurnya!

AH, geram!

Tolonglah, antum antunna dah jadi perhatian kami, jadi  perhatian ustaz ustazah. LEBIH-lebih lagi kalian sedar tak, kalian menjadi HARAPAN ISLAM untuk martabatkan syiar Islam ini: lughah 'arabiah; bahasa JANNAH!


Akak sangat bahagia dengan satu dua tiga orang yang mampu memberikan tanda untuk iltizam + ijtihad, tapi cuma berapa kerat daripada antunna?

Adakah ujibakat sebelum ini hanya untuk menunjuk-nunjuk, nawaitu salah?

Ketepikan soal yang remeh, tarkiz (FOKUS!) pada keutamaan; AULAWIYAT.

Sesungguhnya adik-adikku,

Sakinah SK, Afiqah, 'Izzati Azmi, Maisarah, Amirah, Jihan, Abrar, Safiyyah, Naemah, Fadhilah,
(Maaf kalau ada yang tertinggal) +Amin  'Ammar Ismail, Syihan, Qutaibah, Qatadah, Anas Hairozi, 'Ashim, Wafiy, Hazwan, (Banin tak begitu nak ingat siapa, asifah.) dan Muaz....

tolong... tugas ini, memartabatkan Islam bukan tugas kami sahaja

tetapi juga di pundak antum.

Tolong... tolong... tolong...

Jangan kecewakan kami (lagi).

[Geramnya! Ya Allah, kuatkan kesabaran kami kerana sabar itu indah! (Fasobrun jameel) ]

P.s: Aku juga mendeklarasikan kekecewaanku farah. Rabbuna yuqawwiy.

[ASLIMtaslam]

Wednesday, January 20, 2010

PROMOSIdalamrancangan

Bismillahirrahmanirrahim.


Ada sesiapa tak nak membukukan puisinya (sajak/puisi tradisional) bersama-sama saya?

Saya terfikirkan Noor 'Izzati, Farah Farhanah, Aisya Nadira, Shahreza Shahrir, Shamsul Amin, Faisal Mat Zawi dan Amirul Hamidun untuk idea ini (atau ada lain yang mahu?)

Masih dalam perancangan, nak tembusi antologi puisi zaman sekarang ini, agak sukar melainkan dengan organisasi yang diiktiraf seperti GKLN dan Alumni MPR.

"Menulis bukan untuk materialisasi atau populariti, tetapi semua prestasi dipersembahkan khas untuk Ilahi."

[ASLIMtaslam]

SEMALAMkenangan










Uhibbukunna fillah~

[ASLIMtaslam]

Monday, January 18, 2010

MEMANDANG=mengerti?

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk terus mengemaskini blog dengan curahan idea daripada-Nya.
Walaupun terasa kekangan waktu mula membuas (dahsyat kan?),  tapi blog ini kan wadah yang bukan percuma (baca: bukan sia-sia) untuk diusahakan.

Melepaskan? Tidak!



Lantaran terpaksa memberikan komitmen untuk kerja, saya terpaksa melepaskan adik-adik usrah saya dengan redha. Naqibah saya kata, walaupun saya melepaskan mereka kepada orang lain tetapi kita tetap perlu memegang usrah, sebab dari situlah kita boleh membina diri kita.

Right? 

Sebab bila kita suruh adik kita buat sesuatu, mestilah kena check diri dah buat ke belum. Payah tu kalau adik usrah lagi hebat daripada naqib/naqibahnya.

Oleh itu, insya-Allah ana akan usahakan untuk mengumpulkan adik-adik di taman tempat ana tinggal dan akan share kerja tarbawi ini dengan ukht Amirah (musytaqah ilaiki jiddan!). Doakan ya!

Semuanya kerana Allah.



Menginterpretasi

Apabila saya kerja di luar, luar daripada dunia Hidayah saya yang sungguh murni (bolehlah), saya bertemu dengan ragam dunia.

Yep, ragam dunia disebabkan manusia!

Saya berkawan dengan orang yang ada dua orang boyfriend. Tak sempat nak cakap apa-apa, kakak ni dah berhenti kerja. Saya pun berkawan dengan orang yang tak solat (memang tak mahu solat dan bukan kerana uzur syarie).

Bayangkan orang bertudung, pekerti mulia tapi errm... tak solat. Sayang kan?

Saya sayang masyarakat kita hari ni, andainya kita semua dapat islahkan diri, lebih-lebih lagi setelah didakwahkan. Cuba interpretasi fenomena sebanr dunia sekarang, tak tersangkakan oleh akal kamu mungkin?

Alhamdulillah, percayalah Allah tetap akan lindungi hamba-Nya yang sentiasa berusaha maintainkan iman!

Ya Allah al-Hafiz al-Muhaimin, qawwini wa qawwina jamiean.

Memandang=mengerti

Saya takut kita jadi orang yang hanya tahu memandang tapi tak tahu mengerti. Na'udzubillahi min zalik.

Kalau kita tak tahu mengerti (dan menghayati) maksudnya kita SENGAJA kufur nikmat dengan pancaindera dan hati yang Allah bagi. Allah ada samakan manusia yang sebegini dengan bintang ternakan (al-an'am) dalam surat cinta-Nya yang sentiasa memperingatkan kita.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
[QS 7: 179]


Fikir-fikirkanlah :D 



KAMI yang sedikit



Kau letakkan hati dalam dadanya
tetapi mampukan dia mengerti?
Kau tempatkan matanya sebaiknya
tetapi bolehkah dia melihat?
Kau wujudkan telinga untuknya
tetapi bisakah dia mendengar?
Kau berikan nikmat yang tak terhitungkira
tetapi dapatkah dia mentafsirkannya
dengan cara-Mu?

Ya Allah, jadikan kami daripada kalangan mereka yang sedikit
(yang sentiasa bersyukur kepada-Mu
- saban waktu)

.raehanINTISOR.
[18012010]


                                  akhawat batch11 SMI ISlam Hidayah JB.

[ASLIMtaslam]

Saturday, January 16, 2010

RANDOMthoughts

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, 13 Januari lepas saya dah mula bekerja di firma guaman Faizah Aishah Rahman & Associates, menyediakan perkhidmatan guaman syarie dan sivil.

3 hari baru bekerja tapi rasa macam banyak juga input-input baru. Memang saya bukan peguam sekarang, tapi wallahua'lam, akan datang bagaimana kan?

Plaintif, defendan, afidavit, ikatan dokumen, fasakh, faraidh, lafaz taklik, cerai cara baik, saman, kebankrapan dan istilah-istilah.

Mula-mula tu agak pening juga. Saya rasa novel Mencari Locus Standi ada membantu saya memahami rutin peguam dan istilah-istilah tertentu. Tetapi tetap kosong masa mula-mula kerja di sini. Alhamdulillah, Puan Faizah, Puan Aishah dan Kak Nisak banyak membantu saya mencerna dengan baik maklumat-makumat baharu ini.

Alhamdulillah, saya sedikit sebanyak agak mahir untuk posting, taip surat guaman, uruskan fail-fail yang  melambak banyak.

Bos saya 2 orang dan kedua-duanya sangat manis apabila mengukir senyuman!


Nak tahu rahsia bekerja: MESTI banyak BERSABAR!

Fasobrun jameel!

[ASLIMtaslam]

Thursday, January 14, 2010

DAYone

Bismillahirrahmanirrahim.

Kerani.

Doakan saya terus menyukai kerja macam ini. Banyak belajar juga tentang law.
Jazakillah to Puan Faizah. (Nashrah juga)

Hari ini kalau boleh nak siapkan cerpen Bukan kau, dan nak hantar sajak.

Rabbi yusahhil.

[ASLIMtaslam]

Sunday, January 10, 2010

LOOK:eyes

Bismillahirrahmanirrahim.











LOOK into my EYES
outlandish

Look into my eyes
Tell me what you see
You don't see a damn thing
'cause you can't relate to me
You're blinded by our differences
My life makes no sense to you
I'm the persecuted one
You're the red, white and blue

Each day you wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thanking God He let me rise
You worry about your education
And the bills you have to pay
I worry about my vulnerable life
And if I'll survive another day
Your biggest fear is getting a ticket
As you cruise your Cadillac
My fear is that the tank that has just left
Will turn around and come back

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters

See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land (what)
And I'm the terrorist?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

Americans , do you realize that the taxes that you pay
Feed the forces that traumatize my every living day
So if I won't be here tomorrow
It's written in my faith
May the future bring a brighter day
The end of our ways

(pause)


Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

[with kids]
Ohh let's not cry tonight I promise you one day is through
Ohh my brothers! Ohh my sisters!
Ooh shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers! Ohh my sisters!

------------------

Apabila saya mendengar dan menghayati lirik Look Intio My Eyes, saya terus teringat cerpen Putik Qunaitara karangan Ummu Hani Abu Hassan dalam antologi puisi, cerpen dan kajian sastera Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang bertajuk Di Suatu Tikungan Lorong. Ceritanya mengenai keluarga Palestin yang begitu menitikberatkan perbelanjaan mereka (agar tak menyumbang kepada butir-butir peluru yang membunuh pejuang Islam) , menghalang unsur hedonisme yang melingkar hidup mereka agar sedikit pun tak meracuni hidup mereka. (Walaupun tengok TV sekejap sahaja! - itu pun mereka haramkan diri mereka dengannya)

Hmm, agak-agak kan, berapa sen dah kita melabur dengan betul?
Lagi banyak betul ke lagi banyak yang membawa kepada penderitaan saudara kita di Palestin?

Haa... gugat sikit hati tu, tanya betul-betul!
Takut tak sedarsedar!


[ASLIMtaslam]

Saturday, January 9, 2010

TAHUtak

Bismillahirrahmanirrahim.

Tersedar diri masih banyak kekurangan,  tapi peranan daie tidak pernah memilih insan. Semua muslim itu daie. Yeah~ Tiada pengecualian. Bahkan kamu yang sedang membaca ini jika kamu adalah muslim, maka saya yakin tanggungjawab ini tergalas di bahu kamu.

Tahu tak, kamu perlu tahu juga apa itu rukun baiah. Ikuti kisah kecik ini:

Hari tu (mengambil latar masa bulan Disember 2009), saya dan akhawat dari Hidayah JB ada mengikuti daurah pasca-SPM. Usai kem tahfiz, saya mengikuti daurah itulah, jauh dari Johor, tetapi masih di dalam Malaysia. Sebelum nak sampai di tempat itu, naik bas ekspres, LRt dan Putra serta kereta. Jauh lah kan?

Usai program, kami tunggu bas di Pudu, setelah bertolak pergi dari tempat program. Di stesen 7, kami tunggu sampai lenguh-lenguh kaki (berdiri!). Apa yang menariknya, lenguh kaki dan sengal-sengal bahu hanya terasa bila dah naik atas bas. Sebelum naik tahu kami buat apa? Kami bincang strategi untuk tingkatkan tarbiyah di sekolah. Lepas tu, lepas dah bincang-bincang, tiba-tiba da sahabat saya ni keluarkan kertas ke buku. (Tak begitu pasti) Di atasnya tercatat rukun baiah. Macam pernah dengar je?

Lepas tu sahabat ana ni kata: Hari tu kami dah hafal dah rukun baiah ni. Ada 10. Anti dah hafal?

Dengan rasa malu sikit: Belum. Ana belum hafal lagi. Tapi, ana akan hafal sekarang, insya-Allah.

Maka, saya pun mengulang-ulang rukun yang 10. Ya, rukun yang dirumuskan Imam as-Syahid Hassan al-Banna untuk Harakah Islamiah.

1. Fahmu (Kefahaman)
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Tadhiyah (Pengorbanan)
6. Taat
7. Thabat (Tetap pendirian)
8. Tajarrud (Tegas)
9. Ukhuwwah (Persaudaraan)
10. Thiqah (Percaya)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sampai sekarang saya masih hafal lagi yang 10 ini.

Itulah kisahnya.

Nak tahu penerangan lebih lanjut, dikupas oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna tentang 10 ini, bolehlah klik di sini. Kenapa kita kena tahu, apa penerangan di sebalik setiap daripada 10 itu dan lain-lain. Jangan rasa perkara ni advanced. (Walaupun awalnya saya pun berfikiran sebegitu). Tak rugi sebab ini ilmu!

Semoga ada manfaatnya.  ;D
Akan datang, saya akan kongsi lagi satu 10 yang mesti dihafal Iaitu: muwasofat tarbiyah. ^^, Insya-Allah.

[ASLIMtaslam]

Friday, January 8, 2010

cerpenBUKANkau

Bismillahirrahmanirrahim.

Berikut adalah beberapa fragmen cerpen Bukan kau. Cerpen ini sebenarnya tanggungjawab yang tertangguh buat abege (anak baru gede: remaja) semuanya, khususnya adik-adik di sekolah-sekolah Musleh. Tetapi mohon maaf, cerpennya hanya akan disiarkan secara kamil (sempurna) apabila masanya.

Terimalah prolog + fragmen pertama; Bukan kau.

--------------


Prolog

+ Kau nampak tak? Tu?

- Haa, aku nampak, solehahnya dia. Semua orang nampak macam sayang saja kepadanya. Mesranya dia kepada kawan-kawannya.

+ Apa kata kau kawan dengan dia?

- Apa aku dapat kalau kawan dengan dia? Aku ni rasa banyak sangat kekurangan berbanding dia. Hish, tak mahulah.

+ Be optimistic Iman! Kau bukan saja dapat berkawan dengan perempuan yang baik macam dia tu, bahkan boleh juga kau islahkan diri kau jadi muslim yang lebih soleh wa musleh. Orang akan lebih suka akan engkau lepas ni. Kau tak nak ke?

- Hmm... Aku bukan tak nak. Cumanya... bukan ke nanti dikira ikhtilat?

+ Apalah engkau ni? Perempuan ini lain tahu! Peluang sudah ada di depan mata, takkan kau nak lepaskan begitu saja?

Khali sejenak.

- Aku takkan lepaskan peluang.

+ Bagus, Iman. Kau memang rijal.

- Kalau boleh aku tahu... siapa namanya?

-----------------
Fragmen 1

Semalam, aku nampak dia di bilik mu'allimah, berjumpa Mu'allimah Taqiyah. Tudung kuningnya labuh, memang bagi aku dia terpelihara, sangat-sangat menjaga dirinya. Caranya bercakap dengan mu'allim mu'allimah pun memang sopan, tak ada gedik-gedik macam perempuan-perempuan lain yang aku kenal kat madrasah ni. Kalau perempuan-perempuan yang ada di dalam kelas aku tu, buat aku rimas saja. Pakaian sopan, tapi akhlak, macam anak jantan! Serius, ya Allah, aku nak kenal dia. Tapi, susah! Sampai sekarang aku tak tahu dia kelas mana lantaran madrasah aku ni memang ramai pelajarnya. Lebih seribu orang.

Oleh sebab itulah, aku tidak akan lepaskan peluang memerhatikannya setiap kali aku bertembung dengannya, cara dia senyum kepada orang lain, cara dia memberi salam dan bersalaman; walaupun aku tahu, dalam seminggu, aku hanya akan terseremProxy-Connection: keep-alive
Cache-Control: max-age=0

k dengannya paling banyak pun, sekali. Bila aku perhatikannya, aku tahu, Syukri akan cuba mengalih perhatian aku. Tetapi, harus bagaimana lagi?

Aku tahu tengok dia salah, tapi kalau dah memang dia solehah, salah juga ke? Ikhtilat ini pergaulan bebas je kan? Bagi aku, ikhtilat tu yang pegang-pegang tangan, kongsi gambar dalam handphone secara terbuka, pergi tengok wayang sama-sama, dating kat belakang bangunan pejabat sekolah dan lain-lain yang aku rasa memang ikhtilat. Kalau sekadar memendam rasa macam ni bukan ikhtilat kan?

Aku rasa seperti bertambah-tambah kekuatan aku untuk berbuat baik dan jadi lebih bermanfaat untuk orang lain bila aku selalu ingat kepada dia. Bila aku studi, aku jadikan dia sebagai inspirasi aku. Syukri, sahabat karib aku tahu tentang hal ini, tapi dia selalu ingatkan aku untuk fokus. Aku buktikan kepada Syukri, bahkan semua orang bahawa aku takkan terganggu dengan mengingati dia.


"Syukri, kan ana dah kata, ana takkan terganggu punya dengan perkara macam ni. Lagi pun, kita kan dah selalu studygroup sama-sama dengan Bakri dan Syafiq. Kita sama-sama berjaya dengan flying colours kan?"

"Ya, itu memang betul Iman. Tapi Iman, ana tak nak anta silap tujuan belajar, tujuan kehidupan, tujuan menjadi diri anta yang sebenar. Ana tak nak apa-apa terjadi kepada anta. Semua nikmat ini milik Allah, sahabat. I'lam annani uhibbuka fillah akhi"

"Insya-Allah, ana tahu jaga dirilah, Syuk. Uhibbuka fillah kaman."


Seolah-olah dia, perempuan solehah itu, menjadi bayang-bayang aku, nafas aku, sejak hari itu, hari pertama aku tertaut mata dengannya di maktabah, ketika aku tidak ditemani Syukri.

Dia seolahnya sempurna.


Bersambung...

[aslimTASLAM]

Thursday, January 7, 2010

MILADsaied

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Milad saied ya Qurratu'Aini. Dah 18 tahun lah saya (ikut kalendar Islam - 21 Muharram 1413H)




Sekarang ini saya sangat-sangat ingin mencari kerja, buat kerja dan kerja. Teruk ni, sindrom duduk-rumah-buat benda -yang-sama-setiap-hari. Tapi saya terfikirlah pulak. Apa tujuan saya bekerja sebenarnya?

:D Nak kumpul duit?

:D Nak kutip pengalaman?

:D Nak membuka minda kepada alam pekerjaan?

:D Nak menaiktaraf iman?

Semua saya nak! Saya nak kerja KERANA ALLAH. Saya percaya, dengan cara begitu, secara automatisnya saya akan terus menuju juga kepada tujuan-tujuan sampingan yang tersenarai.

Bekerjalah untuk Allah, mesti bahagia punya!

[ASLIMtaslam]

P.s: Doakanlah saya dapat bekerja. Saya nak ke KLIBF'2010 Mac nanti dengan teman dan keluarga saya. Saya nak berdikari. Saya tak mahu menjadi beban. Saya nak jadi mumtazah dalam segenap aspek. Rabbi yusahhil. Amiin.

Tuesday, January 5, 2010

loveYOU

Bismillahirrahmanirrahim


I know that love is not to be expressed all the time but hey, i think it is a must to appreciate love. Even though it's not yours.

Think again, love is all around us. So it's ours, in many ways.

As a syakirah (a thankful person), for the first time in my blog I write down here, (the magic words that could be misunderstood):

I Love You.

-I'm blessed with Your love with the love of my beloved ones-
ALHAMDULILLAH.



عن أنس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
: ( لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه )
رواه البخاري و مسلم

Rujukan: sini.

NUKILANcuti (I)

Bismillahirrahmanirrahim.


Aku, Kau (yang Sakit)



Rasanya perih, pedih

sudah kaumaklum

kesakitan ini lantaran diri

membiarkan jari menuding hina

menyanjung tinggi dosa - walau tidak kumahu

yang diperlakukan olehmu, teman

sini, sekadar menegah dengan hati

(ya, selemah-lemah iman)



Andai bait puisi ini

sampai kepadamu

singkaplah mata yang bisa melihat

teranglah hati yang kian bercahaya

hidayah memang milik-Nya

pun jua menuntut usaha menagihnya

(sama-sama kita tempuhi,

kesakitannya, perihnya mencari Iman)



Kesakitan beransur pergi

walau masih terasa

waktu seakan memulihkannya

tanpa siapa yang sedar

hari ini, jadilah lebih baik dari sebelumnya!

(parut hari ini adalah pedoman esoknya

agar tingkah kita, tidak tersalah lagi!)


[raehan 2010]

P.s: Alhamdulillah, mampu juga dinukil kata-kata ini. Aku tak mampu menulis seperti dahulu pun tetap aku harap aku bisa melakukan yang lebih baik daripada dahulu. Ini bukan writer's block, tapi penulisanku tertumpul sebentar. Nak mengasahnya, aku harus istiQmah! Macam pulasari kata: satu hari satu baris pun takpe! Rabbuna yuqawwiy ;D

(aslimTASLAM)

Monday, January 4, 2010

BELAJARini



Bismillahirrahmanirrahim




Imam Hassan al-Banna ada berkata:

Impian hari ini adalah kenyataan hari esok.

Saya harap panduan Fasa di atas tu boleh membantu saya menceriakan 3 bulan sementara menanti natijah SPM diumumkan. Erti hidup untuk memberi yang terbaik!


Hari ini persekolahan sudah dimulakan. Oleh itu...

Kepada adik-adikku,

Selamat memulakan kembali persekolahan. Persekolahan membawa maksud pembelajaran. Pembelajaran membawa cinta. Ya! Bertambah-tambah cinta pada yang Esa bila belajar ilmu yang memang bukan milik sesiapa melainkan Allah.

Kurangkan tekanan semasa belajar. Belajar untuk belajar! Bukan belajar untuk mendapat kejayaan yang tak kekal. Sebab belajar adalah proses yang akan berterusan sepanjang hayat.
Proses yang akan terus mendewasakan dan memurnikan kehidupan. Tak hairanlah Islam mewajibkan setiap seorang daripada umatnya untuk menuntut ilmu. Bermanfaat!

Okeh?





Saya amat cemburu melihat adik-adik ke sekolah semula. Nak belajar semula. Insya-Allah, Allah akan tempatkan saya di mana-mana untuk belajar semula bermula Mei nanti.


Rabbuna yusahhil!~


[ASLIMtaslam]

P.s:Oh cik raden, penuhi muwasofat tarbiyah yg ke-10 [naafiun lil ghairi] untuk masa ini!

Friday, January 1, 2010

SETITISmuhasabah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah ArRazzaq.


Alhamdulillah, 2010 menitip senyum 'selamat datang' buat jiwa-jiwa yang inginkan sesuatu ruang-ruang memperbaiki hari-hari lalu. Ya. Allah al'Adl.

Dan 2009 bukan hanya melabuhkan tirainya, malah membantu kita mencatat muhasabah di awal 1 Januari 2010 ini.

Ya, setitis muhasabah untuk 365 yang baharu.



Moh ler kita cuba mentafsirkan kita yang sebenarnya, untuk check kita ni dah buat yang terbaik ke belum untuk 2009:

. hamba yang taat, jujur, yakin terhadap Allah.
. anak yang taat, berbakti kepada walidain.
. anggota keluarga yang memahami, melingkari peribadi dengan sifat rahmah.
. pelajar yang amanah, taat kepada gurunya.
. sahabat yang membawa sahabatnya ke arah mengingati Allah dan hakikat hidup & mati.
. daie yang komited (multazim) dengan amar maaruf nahi munkar.
.anggota mayarakat yang cakna dan prihatin dengan komuniti manusia & alam sekitar.

Kalau semuanya kita beres, maksudnya memang hebatlah!

PRASYARAT hebat 2010: Taat & Sabar
(apa jua situasi)


Yakin ke semuanya beres tak mengira waktu, situasi?

Muhasabah tiada batasannya!

[aslimTASLAM]

terus berbakti untuk semua, yah! kurangkan tekanan saat bekerja!

P.s: Moga 2010 menjadi tahun yang manis, dan terus mendewasakan kita dengan hari-harinya yang 365. Insya-Allah, teruskan usaha dan meletakkan kebergantungan kepada Allah 100 %, insya-Allah, pasti akan redha bahagia, dalam taat dan sabar!