Thursday, December 31, 2009

MENULISsebenar

Bismillahirrahmanirrahim.


Haa! Sekarang ini ruang-ruang waktu banyak terisi dengan membaca buku ilmiah. Sedang dibaca sekarang ialah Qur'an Saintifik karangan Dr. Danial.



Entah kenapa, hati tak begitu terusik nak baca karya-karya sastera macam dulu. Hari itu baca pun buku Sultan Muhammad al-Fateh: Penakluk Kota Konstantinopel dan buku Turki: Negara Dua Wajah.



Lepas itu sibuk sikit dengan daurah.

Apa dah jadi ni???


Tahun ni, ada 5 je karya yang tersiar. Bilangan yang tak sepatutnya untuk seorang yang ini terus berkonsistensi menulis. 1 di MM, 1 di BH, 1 di Dewan Siswa dan 2 lagi di Tunas Cipta. Semua puisi (sahaja). Cemburu dengan Kak Wardah Puteh, puisinya, cerpennya dah melambak di arus perdana. Masa MPR 2008, beliau roomate saya.

Ya Allah, sa'idni.

Allah al-Baits. Allah yang Maha Membangkitkan. Bangkitkan semula semangat hamba-Mu ini.

Kepada teman-teman akhawat, hati saya terpecah kepada banyak amanah. Bukan satu je. Jadi untuk pertemuan semalam, maafkan saya dengan muka tak-percaya saya.

Semangat, semangat, semangat!


Tuesday, December 29, 2009

DIAsayang

kredit kepada afeqa ahmad

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila ditanya oleh insan-insan yang prihatin akan seorang raden ini, apa nak buat lepas spm, hatiku hanya memendam dalam diam. Banyak sangat sebenarnya.


'Ala kulli hal, di sini saya ingin senaraikan prioriti saya, biar saya ingat bila selalu buka blog ni:

[1] Sedaya upaya cari pendapatan (kerja di sahabat roselle marketing barangkali)
[2] Mulakan semula penulisan yang disunyikan sekian lama
(istiqamah sajak, cerpen, novel lilummah)
Target 2010: 12 karya.
[3] Terus menjadi kader duah yang istiqamah dgn waajibat dan adik usrah.


Saya mahu terus manfaatkan waktu ini, manfaatkan diri ini, manfaatkan segala nikmat ini, kerna Dia sayang.


para du'at siap: SIAP!

[aslimTASLAM]

Monday, December 28, 2009

keterasinganKAMI



Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah menjadi fasilitator untuk kem tahfiz 2009 di SM Islam Hidayah, bersama ukhti Sakinah Zamani dan Ukhti Jannah, rasa masih terngiang-ngiang bacaan Qur'an adik-adik dan semua.

Ingat tak, dulu kalau masa kem tahfiz semuanya terasa pasal Qur'an je, sampaikan mimpi pun mimpi Qur'an. Manisnya, masya-Allah!

Adik-adik, terima kasih tidak mendeskriminasikan antara umur dan siapa kita. Ingat lagi masa main kahwin-cerai-rujuk-tunang-taaruf yang sangat hebat!

Rindu!

Usai kem tahfiz, ada komitmen lain yang bertembung dengan perhimpunan Persatuan Penulis Johor.

Kesimpulannya: cuti ini, masa terluang ini, adalah hadiah yang sangat berharga. 5 bulan mesti diisi dengan ubudiyyah kepada-Nya.

Untuk Hilal Asyraf, terima kasih menyuntik semangat untuk menulis novel. (Mengenaliku hanya sebagai Raehan Intisor). Untuk angkatan alumni MPR lain, teruslah semangati aku ini! Akhawati juga, peringati aku misi kita yang masih berjalan dan takkan henti sehingga waktunya.

Esok: insya-Allah, ada komitmen dibutuhkan di madrasah.

[ASLIMtaslam]

ukhuwwahFILLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

andainya
kau, aku
terasing
di daerah baru
ukhuwwah itu pasti satu
Allah kan ada?

Thursday, December 17, 2009

SEKOLAHkurindu

Bismillahirrahmanirrahim.

Kertas terakhir: pendidikan syari'ah islamiah 1.

Alhamdulillah, it's over!

saya sekarang ALUMNI sekolah hidayah!

Hmm, lepas ni dah takde sekolah dah. Lepas ni dah takde uniform dah. Lepas ni dah takde SPM.
Yang ada hanya natijahnya nanti.

Keluar dewan peperiksaan, masih berperasaan biasa. Muhasabah kejap. Betul ke lepas ni dah tak sekolah?

Mula-mula, macam konfius. Kenapa semangat2 ambik gambar ramai2 ni? Kenapa semua org dah tak nak belajar ni?

Serius, saya nak belajar lagi!

buat 5 iftikhar sayang: terlalu-lalu-lalu banyak kenangan sejak 4 imtithal.

kak syeera, hanani, fahna, rufaidah, sofia, ainnur, ctee, nasihah, soleha, nadia, shafiyah, hidayah, jieha, alifah, safiah.

dan banin yang bermacam ragam.

dan saya berubah sejak sebuah kekecewaan itu dihembuskan.

kenangan yang berkisar semasa jadi pelajar SMIH:

1 thabat
jadi librarian dengan hanani
mdp dengan kak raihana razali
tak reti2 dengan ert dan sejarah
layak naik pentas untuk akademik (abah mama bahagia!)
2 islah
mdp dengan kak asma' amatullah
14 A imtihan akhir
3 intisor
usrah ustzh shahidah
peristiwa 2007
PMR
teruji
hari ambil natijah PMR yang sangat membahagiakan
9 A PMR
4 imtithal
usrah ustzh shahidah
accident bas sabar 1
choral speaking
suka sangat b.arab.tinggi dengan pend.syariah
tragedi add maths
iftar kelas
9 A untuk imtihan akhir
5 iftikhar
asrama sampai julai
prs+pengawas
MN
qiam batch
pengsan
usrah ustzh norma
lawatan kelab yang paling best
muzium kesenian islam
debat arab (munazhoroh)
semi final dengan junied A
mengenal banat banin yang berpotensi dalam b.arab
mohon dQ
percubaan spm 8 A
SPM 2009
baju batch
dia
rindu nak belajar.

[penghargaan]

alhamdulillah. penghargaan kepada Allah. selamanya ada untukku.

abah, mama, mu'az, shifa' dan salma. keluargaku paling kusayang!

ustzh norma, naqibahku sayang!

farah, 'atikah, sarah, najihah, rufaidah, afiqah, usrahku sayang!

adik2 usrah sayang yang terima ana seadanya sbg naqibah.

kak hayati yang sudi layan sms2 saya yang rasa tak larat nak SPM sebulan.

farah yang melayan saya dengan eg0, mungkin.

pulasari dan muwahhidah, teman maya penguat semangat.

'izzati, anti istimewa. teman yang sangat dekat di hati walaupun tak pernah ketemu.

rashidi, faisal mat zawi, hazhizh: angkatan 1992 drpd MPR 2008. (ain seorang perempuan)


MISI selapas SPM: berManfaat untuk Semua!

Menulis, menulis, mengkaji, memasak, lawatan, daurah, usrah; insya-Allah.

[aslimTASLAM]