Saturday, November 14, 2009

SPM:SATUwasilah

Bismillahirrahmanirrahim


Dia kata: "Inilah yang akan menjadi hala tuju hidup kamu"


Yang lain kata: "SPM bukan segala-segalanya tapi segala-galanya bermula dengan SPM"


Terdengar juga: "Do your very best in your SPM"


Suara yang paling tidak dapat dilupakan "Moga ALLAH kuatkan anti"


PERCAYA ATAU TIDAK, SPM telah merenggut tawa saya, telah membunuh kesepian saya. Itu hanya pada awal perspektif jahil saya.


Tapi, ketika saya sedar, ILMU ini cahayanya milik ALLAH, sangat indah setiap titis ilmu yang terfahamkan oleh akal ini. Sebenarnya tawa saya dija-Nya, kesepian saya terisi baik dalam menelaah ilmu-Nya. Walaupun dulu saya rasa add math itu susah, selalu gagal, tapi semakin hampir dengan SPM, KEFAHAMAN itu semakin luas dan terbuka. ALHAMDULILLAH...
Chemistry, walaupun penuh dengan setiap perkara yang tersembunyi dan seakan magis, tetapi ilmu inilah telah membantu memantapkan iman saya, seperti mana untuk mengimani al-Qur'an.

SAYA SAYANG ILMU-ILMU INI!

Dan saya mohon kepada sesiapa yang membaca entri ini, SEDARLAH, kejayaan bukan aspek individual, tetapi JAMIE atau bersama-sama.

Oleh itu, saya BERJANJI akan melakukan yang terbaik untuk penuhi salah satu daripada jalan-jalan yang DIA sediakan untuk saya. Ya, SPM sekali SEUMUR HIDUP. Tidak kiralah susah mana pun jalan ini, saya OPTIMIS, YAKIN dan PERCAYA, Allah pasti akan memudahkan jalan menuju kegemilangan apabila sedar bahawa kejayaan dan nilai usahanya, hanyalah WASILAH untuk mencapai mardhatillah dan Jannah-Nya!

Mohon maaf atas keterlanjuran budi, kata-kata, salahlaku saya terhadap kamu. Bumi manalah yang tidak ditimpa hujan kan? Mohon doanya untuk kejayaan saya dunia dan akhirat.


Allahumma, berkati ukhuwwah ini. Amiin.

Yang membenarkan kebenaran,
Raden Qurratu'Aini bt Muhammad Mun'im

P.S: Langkahku tercipta.

No comments:

Post a Comment