Friday, August 7, 2009

khittahKEHIDUPAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Hikayat 1

Pandanglah matahari
lihatlah awanan
renunglah bumi
selami infiniti rahsia Tuhan
dengan mata hati
moga kan lurus khittah kehidupan ;)


Wah, saya rindu berpuisi! Tak mampu lagi dustakan hati!
Aduh, parah. Saya ada prioriti lain.

Qurrah, berpuisi habis-habis usai SPM ya?

"OK!"

Hikayat 2

Ok, saya dah lama tak post untuk tempoh cuti tak-sengaja ini. Ya, saya BELAJAR! Saya belajar kerana saya perlu FAHAM, supaya bila faham saya tahu membezakan yang hak dan yang batil agar dapat saya laksanakan syariat Allah TEPAT pada duduk letaknya!

Ya, itu yang guru saya pernah sebut: belajar tunjangnya menggamit redha Allah, dan ilmu itu gunanya di dunia untuk dapat dilaksanakan syariat Allah sebaiknya.

Ya, saya sayang ILMU!

Belajar mesti ikhlas, baru best!


Hikayat 3

Saya ada seorang jiran. Namanya Anwar. Saya baru tahu dia ini wakil deklamator sekolah saya, SM Islam Hidayah. Esok, pukul 11 dia akan menjadi deklamator final di Angsana, peringkat DBP Selatan.

Sebenarnya, setiap hari di sekolah saya dengar dia berlatih, Tapi, saya tak tahu siapa sampaikan saya tanya Ustazah Hanim, guru B.M, baru saya tahu itu dia.

Jadi, saya doakan dia SEMOGA BERJAYA dan.. pastikan niat betul ya!

Hikayat 4

Saya rindu debat bahasa arab.

Sangat. Sangat.

Saya rindu usrah munazhoroh. Saya rindu mudarrib saya dan zaujahnya.


Hikayat 5

Saya akan terus berjuang!
Terus menyambung khittah kehidupan!

Yeah, lihatlah [A Child's Prayer]



Salam perjuangan daripada Pewaris Pelangi.

[aslimTASLAM]

No comments:

Post a Comment