Thursday, December 31, 2009

MENULISsebenar

Bismillahirrahmanirrahim.


Haa! Sekarang ini ruang-ruang waktu banyak terisi dengan membaca buku ilmiah. Sedang dibaca sekarang ialah Qur'an Saintifik karangan Dr. Danial.



Entah kenapa, hati tak begitu terusik nak baca karya-karya sastera macam dulu. Hari itu baca pun buku Sultan Muhammad al-Fateh: Penakluk Kota Konstantinopel dan buku Turki: Negara Dua Wajah.



Lepas itu sibuk sikit dengan daurah.

Apa dah jadi ni???


Tahun ni, ada 5 je karya yang tersiar. Bilangan yang tak sepatutnya untuk seorang yang ini terus berkonsistensi menulis. 1 di MM, 1 di BH, 1 di Dewan Siswa dan 2 lagi di Tunas Cipta. Semua puisi (sahaja). Cemburu dengan Kak Wardah Puteh, puisinya, cerpennya dah melambak di arus perdana. Masa MPR 2008, beliau roomate saya.

Ya Allah, sa'idni.

Allah al-Baits. Allah yang Maha Membangkitkan. Bangkitkan semula semangat hamba-Mu ini.

Kepada teman-teman akhawat, hati saya terpecah kepada banyak amanah. Bukan satu je. Jadi untuk pertemuan semalam, maafkan saya dengan muka tak-percaya saya.

Semangat, semangat, semangat!


Tuesday, December 29, 2009

DIAsayang

kredit kepada afeqa ahmad

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila ditanya oleh insan-insan yang prihatin akan seorang raden ini, apa nak buat lepas spm, hatiku hanya memendam dalam diam. Banyak sangat sebenarnya.


'Ala kulli hal, di sini saya ingin senaraikan prioriti saya, biar saya ingat bila selalu buka blog ni:

[1] Sedaya upaya cari pendapatan (kerja di sahabat roselle marketing barangkali)
[2] Mulakan semula penulisan yang disunyikan sekian lama
(istiqamah sajak, cerpen, novel lilummah)
Target 2010: 12 karya.
[3] Terus menjadi kader duah yang istiqamah dgn waajibat dan adik usrah.


Saya mahu terus manfaatkan waktu ini, manfaatkan diri ini, manfaatkan segala nikmat ini, kerna Dia sayang.


para du'at siap: SIAP!

[aslimTASLAM]

Monday, December 28, 2009

keterasinganKAMI



Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah menjadi fasilitator untuk kem tahfiz 2009 di SM Islam Hidayah, bersama ukhti Sakinah Zamani dan Ukhti Jannah, rasa masih terngiang-ngiang bacaan Qur'an adik-adik dan semua.

Ingat tak, dulu kalau masa kem tahfiz semuanya terasa pasal Qur'an je, sampaikan mimpi pun mimpi Qur'an. Manisnya, masya-Allah!

Adik-adik, terima kasih tidak mendeskriminasikan antara umur dan siapa kita. Ingat lagi masa main kahwin-cerai-rujuk-tunang-taaruf yang sangat hebat!

Rindu!

Usai kem tahfiz, ada komitmen lain yang bertembung dengan perhimpunan Persatuan Penulis Johor.

Kesimpulannya: cuti ini, masa terluang ini, adalah hadiah yang sangat berharga. 5 bulan mesti diisi dengan ubudiyyah kepada-Nya.

Untuk Hilal Asyraf, terima kasih menyuntik semangat untuk menulis novel. (Mengenaliku hanya sebagai Raehan Intisor). Untuk angkatan alumni MPR lain, teruslah semangati aku ini! Akhawati juga, peringati aku misi kita yang masih berjalan dan takkan henti sehingga waktunya.

Esok: insya-Allah, ada komitmen dibutuhkan di madrasah.

[ASLIMtaslam]

ukhuwwahFILLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

andainya
kau, aku
terasing
di daerah baru
ukhuwwah itu pasti satu
Allah kan ada?

Thursday, December 17, 2009

SEKOLAHkurindu

Bismillahirrahmanirrahim.

Kertas terakhir: pendidikan syari'ah islamiah 1.

Alhamdulillah, it's over!

saya sekarang ALUMNI sekolah hidayah!

Hmm, lepas ni dah takde sekolah dah. Lepas ni dah takde uniform dah. Lepas ni dah takde SPM.
Yang ada hanya natijahnya nanti.

Keluar dewan peperiksaan, masih berperasaan biasa. Muhasabah kejap. Betul ke lepas ni dah tak sekolah?

Mula-mula, macam konfius. Kenapa semangat2 ambik gambar ramai2 ni? Kenapa semua org dah tak nak belajar ni?

Serius, saya nak belajar lagi!

buat 5 iftikhar sayang: terlalu-lalu-lalu banyak kenangan sejak 4 imtithal.

kak syeera, hanani, fahna, rufaidah, sofia, ainnur, ctee, nasihah, soleha, nadia, shafiyah, hidayah, jieha, alifah, safiah.

dan banin yang bermacam ragam.

dan saya berubah sejak sebuah kekecewaan itu dihembuskan.

kenangan yang berkisar semasa jadi pelajar SMIH:

1 thabat
jadi librarian dengan hanani
mdp dengan kak raihana razali
tak reti2 dengan ert dan sejarah
layak naik pentas untuk akademik (abah mama bahagia!)
2 islah
mdp dengan kak asma' amatullah
14 A imtihan akhir
3 intisor
usrah ustzh shahidah
peristiwa 2007
PMR
teruji
hari ambil natijah PMR yang sangat membahagiakan
9 A PMR
4 imtithal
usrah ustzh shahidah
accident bas sabar 1
choral speaking
suka sangat b.arab.tinggi dengan pend.syariah
tragedi add maths
iftar kelas
9 A untuk imtihan akhir
5 iftikhar
asrama sampai julai
prs+pengawas
MN
qiam batch
pengsan
usrah ustzh norma
lawatan kelab yang paling best
muzium kesenian islam
debat arab (munazhoroh)
semi final dengan junied A
mengenal banat banin yang berpotensi dalam b.arab
mohon dQ
percubaan spm 8 A
SPM 2009
baju batch
dia
rindu nak belajar.

[penghargaan]

alhamdulillah. penghargaan kepada Allah. selamanya ada untukku.

abah, mama, mu'az, shifa' dan salma. keluargaku paling kusayang!

ustzh norma, naqibahku sayang!

farah, 'atikah, sarah, najihah, rufaidah, afiqah, usrahku sayang!

adik2 usrah sayang yang terima ana seadanya sbg naqibah.

kak hayati yang sudi layan sms2 saya yang rasa tak larat nak SPM sebulan.

farah yang melayan saya dengan eg0, mungkin.

pulasari dan muwahhidah, teman maya penguat semangat.

'izzati, anti istimewa. teman yang sangat dekat di hati walaupun tak pernah ketemu.

rashidi, faisal mat zawi, hazhizh: angkatan 1992 drpd MPR 2008. (ain seorang perempuan)


MISI selapas SPM: berManfaat untuk Semua!

Menulis, menulis, mengkaji, memasak, lawatan, daurah, usrah; insya-Allah.

[aslimTASLAM]

Sunday, November 15, 2009

KEEPbelieving


[SPM 2009]

| Pentas Pengujian Ilmu

| Imtihan Mode


18 Nov 2009 - 16 Dis 2009

| B.Melayu | Sejarah | English | English for Science & Technology
| Mathematics | Add Maths
| Biology | Physics
| Pend. al-Qur'an & as-Sunnah | Chemistry
| B.Arab Tinggi | Pend. Syariah Islamiah|

...

Penantian sedari tadika.

Menjadi penentu segala-galanya, menjadi wasilah ke arah redha-Nya!

This is the road taken!

Rabbuna yusahhil, Rabunna yuqawwiy. Allahumma amin.

Teruslah mendoakan secara invisible ^^,

Target: [12 A: 5A+, 5A, 2A-@ 10 A 2B: 5A+, 5A, 2 B+]

Insya-Allah, najah bahirah li!

Kata buddyku: Kak Qurrah, keep BELIEVING , ya?


Much of love fillah, Raden Qurratu'Aini Muhammad Mun'im

Saturday, November 14, 2009

SPM:SATUwasilah

Bismillahirrahmanirrahim


Dia kata: "Inilah yang akan menjadi hala tuju hidup kamu"


Yang lain kata: "SPM bukan segala-segalanya tapi segala-galanya bermula dengan SPM"


Terdengar juga: "Do your very best in your SPM"


Suara yang paling tidak dapat dilupakan "Moga ALLAH kuatkan anti"


PERCAYA ATAU TIDAK, SPM telah merenggut tawa saya, telah membunuh kesepian saya. Itu hanya pada awal perspektif jahil saya.


Tapi, ketika saya sedar, ILMU ini cahayanya milik ALLAH, sangat indah setiap titis ilmu yang terfahamkan oleh akal ini. Sebenarnya tawa saya dija-Nya, kesepian saya terisi baik dalam menelaah ilmu-Nya. Walaupun dulu saya rasa add math itu susah, selalu gagal, tapi semakin hampir dengan SPM, KEFAHAMAN itu semakin luas dan terbuka. ALHAMDULILLAH...
Chemistry, walaupun penuh dengan setiap perkara yang tersembunyi dan seakan magis, tetapi ilmu inilah telah membantu memantapkan iman saya, seperti mana untuk mengimani al-Qur'an.

SAYA SAYANG ILMU-ILMU INI!

Dan saya mohon kepada sesiapa yang membaca entri ini, SEDARLAH, kejayaan bukan aspek individual, tetapi JAMIE atau bersama-sama.

Oleh itu, saya BERJANJI akan melakukan yang terbaik untuk penuhi salah satu daripada jalan-jalan yang DIA sediakan untuk saya. Ya, SPM sekali SEUMUR HIDUP. Tidak kiralah susah mana pun jalan ini, saya OPTIMIS, YAKIN dan PERCAYA, Allah pasti akan memudahkan jalan menuju kegemilangan apabila sedar bahawa kejayaan dan nilai usahanya, hanyalah WASILAH untuk mencapai mardhatillah dan Jannah-Nya!

Mohon maaf atas keterlanjuran budi, kata-kata, salahlaku saya terhadap kamu. Bumi manalah yang tidak ditimpa hujan kan? Mohon doanya untuk kejayaan saya dunia dan akhirat.


Allahumma, berkati ukhuwwah ini. Amiin.

Yang membenarkan kebenaran,
Raden Qurratu'Aini bt Muhammad Mun'im

P.S: Langkahku tercipta.

Sunday, November 8, 2009

sihirHUJAN [november]

Sihir Hujan November


Seakan hujan terus menyihirku dengan kata-katamu. Kuterjemahkannya menjadi
muhasabah sekeping hati, tatkala disirami embun mestikamu.

Bilangmu dalam sedu keinsafan:
”Hari ini dan seterusnya, Tuhan pasti memberimu cinta.
Kerana itu akan kuingkari hela nafasku bersamamu
setelah kutahu warna langit akan memudar kelabu.
pulanglah kepada jalur-jalur fitrahmu
cukup sudah teronar garisah manusiawi kita”

Seiring, bisik hujan November terus menyihirku dengan kalimahmu.

“Beberapa kali
berdiri di dalam lopak air hujan
kaki kita merah berdarah
memang hairan bukan?
barangkali, semalam
ada sela penuh kebiadaban
terisi, setelah kita berpaling
dari sisi kehambaan

Ayuh, cuba kaurenung masa lalu
saat mata kita bercahaya
mentafsir wajah, tiada sempurna
nihil makna, namun kita tatap jua - buta
akan erti sebenar penciptaan
alangkah rendahnya kita di sisi-Nya
lantaran mudanya usia dicengkam kehinaan

Setelah lalu
bibir kita berdarah jua
apabila mengalir titis hujan yang berduka
saat kita cuba menjernihkan keperihan dosa
dengannya - (ya, alam seakan mengerti)
mungkin kelmarin
ada sisa nista ditinggalkan lisan
dihakimi dusta yang menjadi pegangan

Semakin esok
semakin aku menjadi takut
kalau kita masih di sisi takbur
menyisihkan Tuhan dari hati
kalau kita masih terbungkam kufur di dunia
bukan dalam pengertian yang hakiki
akan pastinya terlebur
kita - ruhi dan jasadi
setelah jauh kita kesasar landasan, kau pun tahu
dunia adalah penjara
dan pedang waktu jua seakan menanti di leher kita

Moga kau terus bertahan, kasih
agar bisa dipeluk cinta Tuhan
ya, dengan jaminan ini
kita bukan lagi pungguk merindukan bulan”


Dan aku bingkas bangkit, dari sihir hujan itu
ada biasan pelangi di akhir titisannya

-raehan intisor 081109-

[Doakan saya kuat tantangi kelemahan. Rabbuna yuqawwiy]",
SPM 2009 bermula Rabu, 18 Nov 2009.

[aslimTASLAM]

Thursday, October 22, 2009

BERHENTI:fokus!

Bismillahirrahmanirrahim.


BERHENTI!

Seorang Raden perlu fokus: untuk hidupnya.

SPM yang semakin hampir, namun al-Qur'an tetap di hati.

Ingat, ihfazillaha yahfazka. Peliharalah (hak) Allah, maka Allah akan memeliharamu.

P.S 1: 27/10/2009: Ana akan ke temuduga Darul Quran Doakan ana dapat yg terbaik dan diredhai-Nya

P.S 2: This blog will be not updated for a real LONG time. Insya-Allah, focus is all I need.
Pray for me for my najah wa mumtazah in SPM 2009, the target is: 12A: 5A+, 5A, 2 A-. Amiin...~

P.S 3: Love you all fillah. May Allah bless this beautiful ukhuwwah.

Yours truly,
Raehan Intisor

Wednesday, October 7, 2009

JUJURpolisiku

Bismillahirrahmanirrahim.

Jujur. Saya jujur. Sekarang, sedang bersiap-siaga untuk SPM.

Apa?


SPM 2009!


Alhamdulillah, trial lepas dapat 8 A daripada 12 subjek. Positive improvement!

Insya-Allah, untuk SPM, 12 A: 10 1A, 2 2A! Amiin...

Oklah, jujur juga, kekangan waktu seakan menikam-nikam saya sepanjang waktu. Tapi, masih berpegang teguh untuk tetap menjaga hablum-minallah dan hablum-minnas. Kena jaga hubungan dengan semua! Kan, kan?

Cemerlang gemilang di mata Allah itu
apabila kita menjadi cemerlang gemilang hanya kerana ALLAH!

Tak berjaya? Takpe, ALLAH bagi umur dan manafaatkan! Saya nak jadi MUMTAZAH!

Insya-Allah. ^^

P.S: Mari kita terus mendoakan kesejahteraan umat manusia khususnya umat ISLAM terutamanya yg ditimpa bencana alam seperti gempa bumi yang terjadi di Padang, Indonesia baru-baru ini. Ada hikmah di sebalik semuanya, dan setiap satunya ada iktibar untuk disematkan dalam hati :)


With lots of bliss of love,
R.I

Sunday, September 27, 2009

secebisPUISI



membahasakan luka ini

lantai di tanah serendah ini
bukan mudah untuk meninggikan
sekeping kehinaan yang terbakar
lalu likat sekali bilah harapan
terlangir bersama maruah
tuntutan ini - terserta dengan darah
pada kebukatan kata-kata yang dayus
seorang manusia bertopeng serigala
-pembaham keserakahan dalam zulmat


sanggup memerahkan hati
dengan darah kelukaan
tidak ketemu penawarnya
melainkan pada serigala jadian itu sendiri



© raehan intisor 2009

Saturday, September 26, 2009

eidMUBARAK

Bismillahirrahmanirrahim.



Akademi ramadhan sudah ditinggalkan.
Walakin, tarbiyahnya harus terus membekas!

Bukankah begitu?

Haa, ini pantun raya dalam bahasa jawa. Kegemaran ana. ^ ^

Nyimpan jenang nang jero tin
Arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

Ngodok kupat nang ngisor ondo
Godong'e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meh neng taun ngarep



Career Inventory Test Results

Extroversion |||||||||||||||||| 56%
Emotional Stability ||||||||||||||| 46%
Orderliness |||||||||||||||||| 56%
Altruism ||||||||||||||||||||| 63%
Inquisitiveness |||||||||||||||||| 60%

You are a Persuader, possible professions include - entertainer, recruiter, artist, newscaster, writer/journalist, recreation director, librarian, facilitator, politician, psychologist, housing director, career counselor, sales trainer, travel agent, program designer, corporate/team trainer, child welfare worker, social worker (elderly services), interpreter/translator, occupational therapist, executive

Friday, September 18, 2009

zikraRAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim.



SPMdoaramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.


Trial sudah berpenghujung, tapi SPM belum hadir mulanya.

Trial yang sungguh menduga fikir dan ketahanan dalam semua aspek.

Sesungguhnya aku mesti bertahan memperjuangkan ilmu!

Ya, selepas ini, peperiksaan yang benar-benar peperiksaan: SPM 2009.

Target SPM 2009 Raden Qurratu'Aini: 12 A (10 1A & 2 2A)

Insya-Allah.

yang penting: USAHA + DOA + TAWAKKAL = NAJAH ^^

doakanku sebanyak-banyaknya, lagi-lagi Ramadhan ini, mustajab! ;)

...dan...

Ramadhan semakin sayup melabuhkan tirai, walau aku tak mahu.

Siapa mahu bulan ini pergi?

Pun jua, doaku agar bisa ketemu lagi dan nikmati Ramadhan seterusnya. Amiin.



[sesungguhnya
SOLATku
IBADAHku
HIDUPku
MATIku
hanyalahkerana
ALLAH]


salam EidulFitri
1430H, salam kemaafan, zahir batin.

buat yang mengenali, dikenali di mana jua. kita saudara fil Islam!


Monday, August 31, 2009

RENUNGANsekejap

Bismillahirrahmanirrahim.


"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat,

yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."


Everythingwedo: ikhlas!


[aslimTASLAM]

MODEimtihan


| imtihan MODE |

PERCUBAAN SPM 2009

ma'annajah

ma'attaufiq

1-18 Sept 2009

target: at least 9A

and no more failure...

ALLAH, this is for YOU!

[with love: aslimTASLAM]

Sunday, August 23, 2009

diariMUHASABAH

Bismillahirrahmanirrahim.


diariMUHASABAH: aktif

muhasabahCINTA: aktif

IBADAH+muhasabah: aktif

.alhamdulillah.

[aslimTASLAM]

Saturday, August 22, 2009

WILLyou?

Bismillahirrahmanirrahim.

I WILL DO MY BEST FOR ALLAH IN THIS BEAUTIFUL RAMADHAN!



Ahlan wa sahlan~
Yang dirindui mampir lagi.
Bersyukurlah atas nikmat usia diberi.
Peluang merebut infiniti keuntungan hadir kembali!
Sungguh, rindu ALLAH tak pernah rugi!

P.s: Death is definite. Never take Ramadhan for granted. Ever!

Friday, August 7, 2009

khittahKEHIDUPAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Hikayat 1

Pandanglah matahari
lihatlah awanan
renunglah bumi
selami infiniti rahsia Tuhan
dengan mata hati
moga kan lurus khittah kehidupan ;)


Wah, saya rindu berpuisi! Tak mampu lagi dustakan hati!
Aduh, parah. Saya ada prioriti lain.

Qurrah, berpuisi habis-habis usai SPM ya?

"OK!"

Hikayat 2

Ok, saya dah lama tak post untuk tempoh cuti tak-sengaja ini. Ya, saya BELAJAR! Saya belajar kerana saya perlu FAHAM, supaya bila faham saya tahu membezakan yang hak dan yang batil agar dapat saya laksanakan syariat Allah TEPAT pada duduk letaknya!

Ya, itu yang guru saya pernah sebut: belajar tunjangnya menggamit redha Allah, dan ilmu itu gunanya di dunia untuk dapat dilaksanakan syariat Allah sebaiknya.

Ya, saya sayang ILMU!

Belajar mesti ikhlas, baru best!


Hikayat 3

Saya ada seorang jiran. Namanya Anwar. Saya baru tahu dia ini wakil deklamator sekolah saya, SM Islam Hidayah. Esok, pukul 11 dia akan menjadi deklamator final di Angsana, peringkat DBP Selatan.

Sebenarnya, setiap hari di sekolah saya dengar dia berlatih, Tapi, saya tak tahu siapa sampaikan saya tanya Ustazah Hanim, guru B.M, baru saya tahu itu dia.

Jadi, saya doakan dia SEMOGA BERJAYA dan.. pastikan niat betul ya!

Hikayat 4

Saya rindu debat bahasa arab.

Sangat. Sangat.

Saya rindu usrah munazhoroh. Saya rindu mudarrib saya dan zaujahnya.


Hikayat 5

Saya akan terus berjuang!
Terus menyambung khittah kehidupan!

Yeah, lihatlah [A Child's Prayer]



Salam perjuangan daripada Pewaris Pelangi.

[aslimTASLAM]

Monday, August 3, 2009

FIKIRKANsesuatu

Bismillahirrahmanirrahim.



;] Jadi?


[aslimTASLAM]

temuHIKMAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Pengumuman sekolah ditutup dan penangguhan semua aktiviti sekolah akibat wabak H1N1

SRIH & SMIH DITUTUP

MULAI 3 OGOS HINGGA 9 OGOS 2009

SEKOLAH DIBUKA SEMULA PADA 10 OGOS 2009.

Maklumat lanjut: 07-5574689, 07-5569932 (pejabat),
0197133977 (Pengerusi LPH), 0197540410 (Pengetua SMIH) dan 0197166451 (Guru Besar SRIH)



Hari ini: tidak sekolah.

Mencari hikmah. Bekerja! Bekerja!Bekerja! Kejar cita-cita: syahid dan syurga!

Sunday, August 2, 2009

MUHASABAHblog

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya dan blog.

Sudah lama saya menjadi seorang blogger. Sejak darjah 6. Jadi tahun ni sudah masuk tahun ke-6 saya jadi blogger.

Tiba-tiba terfikir.

Sejauh mana sudah blog saya manjadi manfaat kepada siapa pun, bahkan kepada diri sendiri?

Muhasabah.

[aslimTASLAM]

Friday, July 31, 2009

ESOKmengujiku

Bismillahirrahmanirrahim.


Esok, ada program. Khas untuk yang terisitimewa. Dapat jemputan semalam.
Hmm, satu perkara. Esok, mengujiku.

Doakan saya berjaya dalam projek manajemenQALBU saya.

Rabbi yusahhil.

Rabbi yuqawwiy.

P.S: Perkara remeh-temeh yang boleh jadi serius. Sebab tu perlu kepada projek sebegini ;]

[aslimTASLAM]

muhasabahCINTAKU


Muhasabah Cinta
-Edcoustic-

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’aku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu


Wednesday, July 22, 2009

TUJUHbelas

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah al-lazi bini'matihi tatimu-s solihat.


Dua angka berbeza.

1 7


Satu peralihan usia.

1 7

Semakin menghampiri-Nya.

1 7

Selamanya semua kekal rahsia.

1 7

[aslimTASLAM]

Monday, July 20, 2009

MUNAZAHOROHdirindui

Bismillahirrahmanirrahim


Calitan kenangan manis pahit. Bukan semuanya pada gambar. Munazhoroh, itulah debat. Saya selaku wakil debat bahasa arab SM ISLAM Hidayah JB, team B.

Musleh International Debating Championship 2009
Hotel Putra, Jalan Tun Razak, KL, Malaysia.
9 - 12 Julai 2009


Majlis perasmian: Semua lapan-lapan orang daripada team A & B ada dalam gambar ini.


Team B: Anas (Leader), Raden Qurratu'Aini, Sakinah Azmi, Sakinah SK.


Team B: 1st: Sakinah Azmi, 2nd: Raden Qurratu'Aini, 3rd: Anas M.Hairozi.
Perlawanan dengan Junied B. Kami menang selaku pembangkang!
Akhirnya, satu sejarah Hidayah menewaskan Junied Singapura terukir molek.
ALLAHU AKBAR!


Match dengan Aman Kota Bharu atau Adni Damansara. Kurang pasti. Tetap mumti'ah!




ALHAMDULILLAH, Team A Hidayah JB: First Runner-up.
Sulaiman (Leader), Farah Farhanah, 'Izzati Azmi, Aminuddin Muslim.
Cemburuku yang tak pernah terkalis.

Jazakumullah kerana mewakilkan ISLAM di sana.

Hammasati hammasatuki, ya ukhti 'Izzati!
Kami 2nd speakers seqalbu sejiwa!


Yang manis itu bermula dengan yang pahit. Tak percaya?


Special sekali. Hari terakhir. 12 Julai 2009.


Adat setiap pertemuan, adanya perpisahan. Terakhir dengan mudarrib Hasan dan zaujahnya, kak Rohaziliana (kak Ain) untuk debat tahun ini.

NATIJAH:

Team A: First Runner-up
Team B: Semi Finalis

Alhamdulillah.

[Rinduku ini ya Tuhan, beban perkasihan yang berat sekali.]

[aslimTASLAM]

Tuesday, June 30, 2009

SATUperkara

bismillahirrahmanirrahim.

(3-5 Jul 2009)
selangkah aku mendekati-Nya, seribu langkah Dia mendekatiku.

(9-12 Jul 2009)
bicara pelengkap hikmah dalam adunan bahasa.

(21 Jul 2009)
as time changes for better.

[aslimTASLAM]

seuntaiPUISI

Bismillahirrahmanirahim.

Belum Akhir

(i)
utuskan khabar waspada
dari tanah sejahtera
kadangkala sekali dilupa
ada pemutar kembali sejarahnya

(ii)
baru segaris usaha dipugar
belum habis keringat diluruhkan
mampir kautangisi kewalahan
sedang jalanan waktu
tidak pernah mati
- untukmu.

(iii)
senyumlah dengan nyawa
bangkitlah dengan usia

"Allah kan ada?"

(raehanINTISOR'o9)

[aslimTASLAM]

natijahIMTIHAN

Bismillahirrahmanirrahim.











1 PY4531 Physics4B60
2 EST6355 English for Science & Technology2A79
3 MT3472 Additional Mathematics9G28
4 SEJ1249 Sejarah1A84
5 BIO4551 Biology3B69
6 MM1149 Mathematics2A70
7 CH4541 Chemistry5C58
8 BI1119 Bahasa Inggeris3B67
9 BA2361 Bahasa Arab Tinggi1A91
10 PS5228 Pendidikan Syariah Islamiah2A85
11 BM1103 Bahasa Melayu1A81
12 QS5227 Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah1A90


Natijah Imtihan Semester 1, 2009.
4 1A, 3 2A, 2 3B, 1 4B, 1 5C, 1 9G.

GPK: 2.83

as time change: I will do my very best in trial SPM & SPM 2009.
12 A in SPM 2009.
Insya-Allah.
manJADDAwajada!

Target saya untuk SPM 2009 (insya-Allah):






1 PY4531 Physics2A73
2 EST6355 English for Science & Technology1A82
3 MT3472 Additional Mathematics2A72
4 SEJ1249 Sejarah1A90
5 BIO4551 Biology1A85
6 MM1149 Mathematics1A90
7 CH4541 Chemistry1A80
8 BI1119 Bahasa Inggeris1A85
9 BA2361 Bahasa Arab Tinggi1A94
10 PS5228 Pendidikan Syariah Islamiah1A92
11 BM1103 Bahasa Melayu1A88
12 QS5227 Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah1A95


coming up soon: munazhoroh fi MUSLEH.
(July 9 - 12, 2009)
bitTAUFIQwanNAJAH.

[aslimTASLAM]

bukanAKHIR

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah. mukhayyam diakhiri dengan selamat.

kumpulan banat 5. team 9. fasilitator: ustaz muhd jelani.

ahli: izzah fazi (L), najihah, najiha, alifah, shifaa', fahima, qurratu'aini.


(1)
kereta rosak di jalan menuju felda nitar dalam program kembara.
sangat suka saat itu. walaupun seram, ada hikmahnya kami terhenti di situ.

(2)
game yang sangat banyak.
1. bekas air atas surat khabar.
2. getah dan tali untuk bawa air.
3. kereta api belon.
4. si buta mencari belon 1A.

semua ada rasionalnya.
1. strategi dengan ilmu.
2. masa untuk ubah strategi. berehat untuk fikir strategi. jangan ulang kesalahan yang sama.
3. ilmu itu harta berharga. perlu istiqamah menggapai najah.
4. sama-sama berbagi ilmu. kejayaan aspirasi bersama!


(3)
mandi laut.
makan durian.
ukhuwwah terpadu.
budi tersemai.


. sebab itulah; iniJALANku!

[aslimTASLAM]

iniJALANku

Bismillahirrahmanirrahim.


iniBUKANpelangi.


Ya Allah, sa'idni lilhusul 'ala ridhoka fi sabilik.


[aslimTASLAM]