Friday, October 5, 2012

| cutiSEM5

Bismillahirrahmanirrahim

Inshaallah, memasuki final semester di DQ.

Tesis. MUET. SPM.

Time cuti je: banyak sangat benda plan.

Moga semua berjalan lancar, Allahumma yassir.

Saya menyelongkar nostalgia tadi:

_hagia.sophia
_jordan
_MPR
_elrusyda
_"ain jaga tangan yaaa" )':
_"e-tek! comel!"
_"jangan lupa solat sunat subuh..." (mama)
_"dari sekarang doa dari surah al-furqan tu :)"
_ya Allah, redhai hambaMu ini. bantulah hambaMu ini...

amin ^^

Thursday, December 23, 2010

lamaBAHARU

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama rasanya tak menulis di sini. Lama sangat! Subhanallah~

Sekarang saya di DQ. Bulan ni dan bulan januari tak dapat nak balik JB sebab sekejap sangat tempoh cuti. Maka, saya akan duduk diam2 je di DQ. Buat apa yang patut.


Sejak jadi siswi, banyak perkara dah berubah. Rutin dan hobi yang saya selalu buat, semakin terhakis... huhu. Antaranya:

- hantar karya ke majalah & suratkhabar
- bincang2 tentang penulisan dengan rakan-rakan seperjuangan (MPR2008 saya rindu!)
- memasak desserts (puding roti? ;D )
- memasak
- contact akhawat se-batch (batchsebelas, rindu!!)
- ikut program2 tarbiyah macam masa sekolah dan lepas SPM dulu. (LKD!!! ^^, rindu sgt nak dapat makanan rohani mcm tu)
- istiqamah dgn dakwah dgn penulisan.

sedih sangat. saya tak boleh jadikan alasan MENGHAFAZ tu sebagai penghalangnya.
tapi entahlah, mungkin terkena penyakit MALAS kot,

RAJIN-RAJINlah cik Ain~

Saya taknak jadi beban buat ummah, tapi nak jadi nilai tambah buat ummah! moga Allah redha.

Tiba-tiba saya rasa cemburu dgn kak Nissa' MPR 2006 dan M.F Kencana yang adah ada buku sendiri. Gerhana pulak tu tajuknya,

Takpe, 2013 nanti tunggulah saya free sikit, saya akan balas dendam utk rutin yang sangat saya rindui!!! Menulis! Insya-ALlah mas atu saya dah ada laptop sendiri.

Saya nak sangat tulis dengan dia, sama-sama buat buku, insya-Allah. Allahu yussahhil lana. Amiin~

Oh ye, nak cerita sikit, saya ada belajar tentang usul fiqh sikit di sini. Ust SUkrie suka selit2kan ilmu tambahan. =) dan saya tiba-tiba terasa nanti utk tesis sem 6 saya nak buat sama ada tentang faraid atau mahar/mut'ah.

memang minat Fiqh.

Ok, lepas ni ada kelas tauhid. Siapsedialah utk menerobos falsafah baru! Tak baru, tapi nak cerna tu rasa macam tak pernah tahu pulak.

I LIKE~ ALLAH always and forever Gives the VERY BEST for me~ Alhamdulillah.

THANK YOU ALLAH.


--qurratu'aini | penyejuk mataku --- amiin~